Ebook Terapi Rezeki untuk anda


 

Alhamdulillah syukur kerana dengan izin ALLAH saya masih lagi di bangunkan ALLAH dari tidur pagi ini. Kesyukuran ini datang dari refleksi saya selepas berbicara dengan seorang wanita cina berumur 60 tahun semalam .Beliau bercerita tentang ibunya yang sudah pun berumur 90 tahun takut untuk tidur kerana risau beliau tidak lagi bangun untuk selamanya. Insya ALLAH cerita penuh akan diceritakan semula pada perkongsian seterusnya dengan izin ALLAH.

Alhamdulillah seperti yang dijanjikan, hari ini saya bakal berkongsi ebook percuma bersama sahabat semua . Saya mengambil keputusan untuk berkongsi melalui ebook ini bukan kerana saya seorang yang hebat atau pakar dalam bidang ini. Cuma sekadar untuk berkongsi apa yang dirasa, pengalaman dan pengetahuan dan kesedaran yang diperolehi secara peribadi.

Mungkin betul apa yang bakal dikongsikan, mungkin juga sebaliknya.Anda hanya perlu teruskan pembacaan dan fikirkan. Jika betul ambillah ia sebagai satu pedoman. Jika salah terimalah ia sebagai satu kekhilafan dan kekurangan saya sebagai hambaNYA.

Jadi untuk memiliki ebook ini ada boleh memuat turun di link www.terapirezeki.com

Sekiranya terdapat masalah ketika proses memuat turun ebook ini, boleh tinggalkan komen untuk bantuan selanjutnya.