Terima kasih untuk ‘Feedback’ yang positif


Terima kasih Ya Rabb kerana masih memberiku peluang untuk bernafas di hari baru. Syukur dengan rahmat yang dikurnia.

Syukur kerana masih diberi peluang untuk berkongsi cerita bersama sahabat semua. Alhamdulillah semalam saya telah mengedarkan ebook percuma ‘Terapi Rezeki’.

Terima kasih kepada sahabat instagram, facebook, sahabat group terapi kekayaan dan blog linncomel.com yang telah memuat turun ebook tersebut dan alhamdulillah saya menerima feedback yang amat positif. Namun sudah pastinya semua itu berlaku dengan izin ALLAH.

Bagaimana pun pihak kami memohon maaf untuk beberapa masalah teknikal yang berlaku seperti lambat menerima ebook dan link tidak berfungsi. Itu ujian bagi kami yang menggunakan sistem autoresponder sendiri dan insya ALLAH kami akan berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan servis kami.

Bagi sahabat yang belum mendapatkan ebook ‘Terapi Rezeki’ dan ingin mendapatkannya boleh dapatkan di www.terapirezeki.com

Insya ALLAH perkongsian seterusnya bakal menyusul ..