Syukur itu nampak mudah kenapa sukar melakukannya..


Hidup ini mudah jika kita tahu bersyukur. Alasan untuk kita bersyukur juga mudah supaya kita hati sentiasa tenang dan gembira. Bila hati tenang, gembira dan sentiasa positif lebih banyak perkara yang baik dan positif datang ke dalam kehidupan kita. Jika kita tengok balik ‘simple’ je alasan kenapa kita perlu bersyukur.

Tapi apa yang kita nampak ‘simple’ atau mudah ini terlalu sukar untuk kita mencapainya. Kalau mudah tak adalah hidup kita ‘stress’ dan ada yang sehingga mengalami depressi dan akhirnya membawa keinginan untuk meninggalkan dunia ini.

Mengapa syukur yang kita nampak seperti mudah itu sebenarnya sukar untuk kita lakukan? Kita sebenarnya TIDAK MAMPU MENERIMA DIRI seadanya. Betul atau tidak sama-sama kita lakukan refleksi.

Kita sukar untuk menerima diri kita sendiri pada saat ini.Adakalanya kita diuji dengan masalah kewangan.kita tahu kewangan kita bermasalah TIDAK PERNAH SEDAR tentang masalah kita.

Kita malu bila orang lain terutama saudara terdekat tahu tentang kondisi kita, kita juga takut dipandang rendah oleh orang sekeliling, risau jika orang tahu kita mengalami masalah kewangan akhirnya stress dan pelbagai penyakit yang datang. Adakah satu dosa sekiranya kita mengalami masalah kewangan?

Macam mana masalah itu dapat diselesaikan sekiranya kita tidak pernah sedar bahawa diri sedang bermasalah? Bagaimana kita boleh mengubah keadaan sekiranya kita tak ada ‘self acceptance’.Kita tidak menerima diri kita seadanya. Sekiranya ALLAH uji kita dengan masalah kewangan jadi kenapa? Adakah kita lebih selesa melayan ‘ego’ sendiri dari berusaha untuk menerimanya dan mencari solusi bagi masalah ini.

Bila kita mengalami masalah kewangan bukan wang yang bermasalah tetapi hati. Sekiranya kita memiliki hati yang sentiasa redha dan ikhlas ianya bukanlah satu masalah. Yang menjadi penyebab masalah ini ialah hati yang ‘ego’ hati yang menolak kerana ujian yang ALLAH berikan ini tidak seperti yang diinginkan. Segalanya bermula dari hati..