Terima diri seadanya


 

 

 

Salam kebahagiaan,

Setiap kali saya berkongsi disini saya menggunakan perkataan ‘ kita’ .Mengapa kita? Kerana setiap apa yang saya tulis adalah refleksi dari pengalaman sendiri dan saya tahu ramai dikalangan kita berkongsi cerita yang sama.

Sekiranya perkongsian saya disini mampu memberikan manfaat dengan izin ALLAH jadikan ia sebagai satu iktibar. Saya hanya berkongsi tetapi hati sahabat yang membaca semuanya dipegang oleh ALLAH. Jadi saya akan terus berkongsi dan berkongsi disini hal yang seterusnya saya serahkan kepada ALLAH.

Menjawab pertanyaan seorang pembaca secara personal tentang perkongsian semalam. Katanya beliau berada pada kondisi yang sama, sedang mengalami masalah kewangan dan terperangkap masalah hutang. Tetapi sahabat ini takut kondisi beliau sekarang diketahui oleh orang lain disebabkan status beliau sebelum ini yang dipandang hebat oleh orang lain kerana memiliki kerjaya yang hebat dan kereta yang mahal tetapi tunggu masa nak kena tarik kerana masalah hutang.

Saya akui salah satu perkara yang yang paling ditakuti oleh kita ialah bila dipandang rendah oleh orang lain. Lebih-lebih lagi bila ‘harta’ dijadikan sebagai simbol kekayaan dan kejayaan .

Kononnya bila kita ada banyak harta orang akan pandang dan buka mata melihat kejayaan kita, pengaruh kita bertambah.Tetapi bila kita diuji dengan masalah kewangan dan jatuh miskin orang hanya pandang sinis hanya sebelah mata malah pengaruh juga hilang.

Ini realiti kita di dunia ini kita amat takut menerima keadaan diri kita seadanya, kita risau orang pandang kita sebelah mata sedangkan pada hakikatnya jika orang pandang kita dengan dua mata yang terbuka luas sekalipun belum tentu ALLAH redha pada kehidupan kita.Bila renung balik dunia ini hanya tempat kita diuji tetapi sikap kita terhadap dunia ini umpama kita tidak akan pernah mati.

Teringat tentang kisah mengapa iblis dikeluarkan dari syurga. Iblis menjadi bongkak kerana mengharapkan penghargaan dari ALLAH kerana merasakan diri kebih mulia kerana ibadatnya. tetapi kita manusia sanggup sakit dan menderita dalam dunia ini kerana mengharapkan penghargaan dari manusia.

kita sanggup biarkan hati kita sakit, tertekan semata-mata ingin dipandang tinggi oleh makhluk yang setaraf dengan kita. Iblis mengharapkan penghargaan dari ALLAH iaitu tuhan yang mencipta dan kita pula mengharap penghargaan dari siapa?

Mana yang lebih baik dalam soal mengharapkan penghargaan ini iblis atau kita?