Bahagia itu bila…


Spread the love

 

 

Agaknya apakah  perkara yang paling sukar dalam hidup ini? Mencapai kebahagiaan.
Lebih-lebih lagi bila kita mula membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain.
Kadangkala terfikir sukar untuk kita hidup tanpa sedetik pun terbit perasaan dihati, membandingkan hidup kita dengan orang lain?

Jawapan yang tidak mudah untuk dijawab kerana ianya bagaikan sudah satu lumrah kehidupan. Walaupun kita tahu tabiat ini akan berakhir dengan perasaan sedih dan rasa tidak adil setelah melihat kehidupan orang lain lebih baik dari kita walaupun sebenarnya kita telah pun memiliki kehidupan yang baik.

Ternyata sukar untuk kita bersyukur dan menerima diri kita seadanya. Bahagia itu bila kita mampu menerima diri dan apa yang kita punya seadanya. Bukan mengharapkan sesuatu yang belum pasti menjadi milik kita.