Teringat perbualan saya dengan seorang teman . Teman saya itu bertanya ” adakah setiap kali kita melihat seseorang itu bermasalah, adakah benar dia bermasalah atau kita yang bermasalah kerana kita tidak mampu mengikhlaskannya? ”
Menarik soalan tersebut dan saya sekadar memberikan pendapat mengikut kefahaman saya yang sangat cetek iaitu bagaimana bermasalahnya seseorang itu, tugas kita kena bersangka baik dan seterusnya menjaga hati kita sendiri .Mungkin sangkaan baik itu tidak betul tetapi Allah lebih mengetahui setiap aturannya.
Jika kita sedar kita ni hamba dan tak ada apa-apa dan level kita ni sama je, setiap orang ada dosa dan pahala jadi tak patut kita menilai seseorang itu bermasalah. Hanya mereka yang tinggi egonya akan melihat orang lain bermasalah, dan sudah pasti kita pun tidak lepas dari rasa ego itu.
Dengan keegoan yang ada pada diri ini, bagaimana agaknya kita nak bersedia untuk mati dan menempuh alam baru?
Iblis dikeluarkan dari syurga dihantar ke dunia kerana angkuh dan ego jadi layak ke kita yang berada dunia kembali ke syurga dengan ego yang melangit?
Teman saya itu menjawab ” Memang tak lah..”
Apa pun jawapan yang diberikan dari perbualan itu tidak dijangka mungkin itu adalah satu refleksi tanpa sedar, semoga kita sentiasa berusaha untuk menyayangi hanya kerana Allah kerana dari itulah kita mampu bersangka baik dalam semua keadaan. Hati pun tenang dan hidup pun bahagia.
Kita semua hamba
August 24, 2017
Refleksi, Umum
No Comments
linn