Month: August 2017
Syukur itu nampak mudah kenapa sukar melakukannya..
Hidup ini mudah jika kita tahu bersyukur. Alasan untuk kita bersyukur juga mudah supaya kita hati sentiasa tenang dan gembira. Bila hati tenang, gembira dan sentiasa positif lebih banyak perkara yang baik dan positif datang ke dalam kehidupan kita. Jika kita tengok balik ‘simple’ je alasan kenapa kita perlu bersyukur.
Tapi apa yang kita nampak ‘simple’ atau mudah ini terlalu sukar untuk kita mencapainya. Kalau mudah tak adalah hidup kita ‘stress’ dan ada yang sehingga mengalami depressi dan akhirnya membawa keinginan untuk meninggalkan dunia ini.
Mengapa syukur yang kita nampak seperti mudah itu sebenarnya sukar untuk kita lakukan? Kita sebenarnya TIDAK MAMPU MENERIMA DIRI seadanya. Betul atau tidak sama-sama kita lakukan refleksi.Read More »
Hati kita ALLAH yang pegang, jadi ikhlaskan..
Dekat satu jam juga saya merenung skrin ipad. Terasa kosong. Ingin berkongsi tetapi idea dan ilham tidak kunjung tiba. Sedangkan sebelum ini banyak sungguh idea yang datang. Sampai masanya idea entah kemana. Tapi tak apalah saya yakin pasti ada hikmahnya.
Rancanglah macam mana pun , kalau ALLAH tak izin pasti tak akan berlaku dan ianya pasti bersebab.Sebagai manusia pasti kita ada rasa kecewa, sedih dan sebagainya. Tetapi sememangnya itu tugas kita untuk mengambil tanggungjawab di atas setiap apa juga yang berlaku. Tanggungjawab kita yang pertama adalah ‘bersangka baik kepada ALLAH ‘ dan yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Adakalanya kita telah pun merancang atau telah pun melakukan sesuatu. Tetapi bila tiba masanya setiap perkara yang berlaku tidak seperti yang dirancangkan. Adakala kita mengharapkan seseorang untuk membantu sampai masanya bantuan tidak kunjung tiba. Ada rasa kecewa? Sudah pasti. Ada rasa marah? Walau sedikit pasti ada. Rasa sedih? Mungkin banyak.Read More »
Cerita Rezeki
Assalamualaikum,
Saya doakan semoga sahabat semua berada di dalam keadaan bahagia dan sentiasa diberikan keberkatan yang berkelimpahan. Alhamdulillah dengan izin ALLAH tergerak hati untuk berkongsi sedikit perkongsian hari ini tentang mengapa ramai dikalangan sahabat hari ini yang mengalami masalah kewangan ( rezeki). Punca utama ialah tidak memahami konsep asas rezeki.
Bila kita bercerita tentang rezeki sudah pasti ianya termasuk duit, kesihatan, boleh bernafas dan lain-lain lagi. Namun sudah pastinya fokus ramai diantara kita ialah duit.
Tentu kita pernah dengar atau terbaca di mana-mana. Bila kita kejar dunia, dunia akan lari dan apabila kita mengejar akhirat dunia akan mengikuti kita.Read More »
Dunia hanya sementara
Alhamdulillah..bersyukur padaMu Ya ALLAH atas segala nikmat yang berkelimpahan dan tidak terhitung oleh kami ..rezeki yang melimpah ruah tanpa henti diberikan cuma adakalanya mati hatiku tertutup untuk melihat segala yang positif berada disekeliling kami.
Syukur kepadaMU ya ALLAH kerana sentiasa memberikan yang terbaik kepada kami namun disebabkan besarnya ego yang ada di dalam diri kami gagal untuk menerima diri kami seadanya sehingga kami membandingkan diri kami dengan orang lain sehingga adakalanya kami merasakan betapa teruknya diri kami sedangkan Engkau adalah Yang Maha Baik pastinya sentiasa memberikan yang terbaik terhadap hambaNya.Read More »
Terima kasih untuk ‘Feedback’ yang positif
Terima kasih Ya Rabb kerana masih memberiku peluang untuk bernafas di hari baru. Syukur dengan rahmat yang dikurnia.
Terima diri seadanya
August 16, 2017
Refleksi, Umum
No Comments
linn
Read More »