Berdamai dengan takdir


Alhamdulillah diizinkan ALLAH untuk berkongsi sedikit penulisan dari jurnal refleksi untuk pagi ini.

Kadang kita merasa sedih apabila berlaku kehilangan.Apa yang kita harapkan , angankan dan cita-citakan tidak berlaku sesuai dengan harapan kita malah jauh berbeza dengan apa yang diinginkan. Akhirnya kita larut dengan kesedihan yang amat mendalam malah hati terasa luka dan sukar untuk disembuhkan.

Walau bagaimana pun kita tetap kena sedar bahawa disebalik setiap perkara yang menimpa kita, setiap kehilangan yang kita lalui sebenarnya telah tertulis di dalam kitab Lauh Mahfudz malah semua perkara yang menimpa kita sebenarnya telah tertulis dalam takdir, rahmat dan kasih sayang ALLAH.

ALLAH sentiasa berhak menentukan bagi kita pilihan yang mungkin berbeza dengan apa yang kita kehendaki dan adakalanya tidak pernah mampu kita fahami hikmah atau rahsianya.

Firman ALLAH : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”( Al-Qur’an 2:216).

Jadi untuk hidup tenang dan mengekalkan kebahagiaan marilah kita BERDAMAI DENGAN TAKDIR kerana apa jua yang menimpa kita tidak kira baik atau buruk pada pandangan kita adalah pilihan terbaik yang ALLAH pilih dan anugerahkan untuk kita.

Mudah- mudahan kita semua tergolong dalam golongan yang berhati lapang, ikhlas dan redha menerima apapun takdirNYA.…Ameen..