Kematian bagaimana yang kita inginkan


 

 

 

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, setelah agak lama tidak bersiaran di sini, hari ini ALLAH telah menggerakkan hati ini untuk terus berkongsi. Sebenarnya dalam tempoh ini semenjak oktober banyak perkara yang berlaku dan ada diantaranya perlu dihadapi dengan penuh kekuatan tidak kita dari segi spiritual dan emosi.

Kehilangan demi kehilangan beberapa orang terdekat yang disebabkan oleh kematian. Ada yang pergi dengan usia yang lebih muda, ada yang pergi disebabkan oleh kanser. Ada yang pergi disebabkan oleh masalah kemurungan yang bertahun lama menanggungnya. Ada yang tiba-tiba pergi dalam keadaan yang sangat sihat. Hadir kesedaran dalam hati saya, walaupun hebatnya kita suka ‘bertangguh’ dalam urusan harian, tetapi kematian itu datang tepat pada masanya tiada penangguhan.

Mati itu pasti semua orang pasti merasainya kerana ia bukan satu pilihan. Tetapi kita tetap boleh memilih kematian bagaimana yang kita inginkan. Adakah kita ingin meninggalkan dunia ini dengan penuh rasa kekesalan kerana terlalu cintakan dunia atau kita ingin meninggalkan dunia ini dengan jiwa yang tenang semua itu adalah pilihan yang datang dari diri kita sendiri.

Kematian bagaimana yang perlu kita pilih? Iaitu kematian yang membawa jiwa yang tenang bagi mengadap DIA Yang Maha Besar dan Maha Berkuasa.

Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan kamu redha dan diredhai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu(yang beriman), dan masuklah ke dalam syurgaKu.” [al-Fajr:27-30]