Memaafkan mereka yang menyakiti, hidup pasti bahagia


 

 

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, terima kasih Ya ALLAH kerana mengizinkan diri ini untuk berkongsi cerita bersama sahabat pembaca blog ini. Alhamdulillah ini perkongsian kedua saya untuk tahun 2018. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dengan izinMu Ya ALLAH. Ya ALLAH izinkan aku untuk terus istiqamah berkongsi cerita bersama pembaca blog ini untuk sepanjang tahun ini hingga tahun yang seterusnya.

Disebabkan masih lagi di awal tahun, suka untuk saya menyentuh tentang azam kita di awal tahun baru ini. Sudah pasti kita inginkan hidup baik dan bahagia, lebih tenang dan tercapai impian kita dengan lebih mudah. Saya doakan semoga kehidupan sahabat pembaca semua menjadi lebih baik, lebih bahagia dan dapat melalui kehidupan yang lebih tenang dan dipermudahkan segala urusan.

Walau bagaimana pun kita pasti tidak terlepas dari ujian. Mungkin kita duji dengan pelbagai masalah, hidup rasa tersekat dan tidak seperti apa yang diinginkan.

Sekiranya ketika ini merasakan hidup anda tersekat dan sukar untuk ‘move on’ cari sehelai kertas dan sebatang pen seterusnya buat satu senarai ‘MEREKA YANG BERSALAH ‘ terhadap anda. Jangan lupa masukkan nama ANDA sendiri sebagai salah seorang yang bersalah tersebut. Ambil sedikit masa untuk anda recall nama-nama yang di rasakan telah bersalah kepada anda. Ingat kembali apakah kesalahan atau kesilapan mereka sehingga melukakan hati anda.

Untuk keperluan apa senarai ini? Bukan untuk meneruskan dendam tetapi untuk meleraikan dendam yang ada di dalam diri.

Ya, maafkan mereka! Maafkan mereka dengan seikhlasnya. Kemaafan itu bukan untuk mereka. Tetapi untuk diri dan kehidupan anda sendiri supaya anda dapat meneruskan perjalanan kehidupan yang lebih baik tenang dan bahagia.