Segalanya perlu disyukuri


 

Hujan atau panas, banjir atau kemarau, sakit atau sihat, kaya atau miskin segalanya perlu disyukuri.

DIA sentiasa memberikan yang terbaik untuk semua hambaNYA.

Kita sendiri yang memilih untuk menerima semua itu dalam persepsi kita sendiri.

Jika kita melihat semua perkara itu dengan persepsi yang negatif perkara baik pun akan diterima sebagai masalah.

Jika semua perkara dilihat dengan penuh rasa syukur pasti ketemu hikmah disebalik setiap pemberian ALLAH kepada kita.

Kita hanya perlu memilih..