Kita tidak pernah kehilangan


 

 

Kita tidak pernah kehilangan apa-apa kerana tidak pernah memiliki apa-apa.

”Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan ALLAH apa yang ada di langit dan di bumi. Ingatlah, sesungguhnya janji ALLAH itu benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui(nya).”[QS. Yunus : 55].

Setiap benda yang kita rasa kita punya termasuklah jasad kita ini bukan milik kita.
Walaupun di level fikiran kita tahu tentang semua ini tetapi kenapa kita tetap bersedih apabila kehilangan sesuatu? Jika kita lihat secara mendalam bukan kita yang sedih tetapi EGO yang sedang bersedih.

Selama ini EGO yang membuatkan kita rasa memiliki.

EGO juga yang membuatkan kita rasa hebat.

EGO yang ‘attached’ membuatkan kita rasa diri berkuasa.

EGO kita yang membuatkan rasa ingin dihargai.

EGO juga yang membuatkan diri ingin dilihat hebat

Akhirnya EGO juga sebenarnya yang membuatkan kita terluka dan menderita.

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan ALLAH membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan ALLAH telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah ALLAH (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? (QS 45:23)