Mencari kesempurnaan


 

 

 

 

Sekadar berkongsi untuk renungan kita bersama

Pada suatu hari seorang murid bertanya kepada gurunya. “Bagaimana caranya untuk kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup?”

Guru menjawab-“Berjalanlah lurus di taman bunga ini, cari dan petiklah bunga yang paling indah yang pernah anda lihat. Jangan sekali-kali berundur kebelakang.”

Setelah agak lama berjalan sehingga kehujung taman, murid tersebut kembali kepada gurunya tanpa membawa walau sekuntum bunga pun dengan perasaan yang sangat hampa.

Lalu guru tersebut bertanya” Mengapa tiada sekuntum bunga pun yang engkau perolehi?”

Murid itu menjawab “Sebenarnya tadi aku sudah menemui bunga yang cukup indah, tetapi aku tidak memetiknya, dengan harapan di hadapan sana mungkin ada bunga yang lebih indah. Tetapi ketika aku sudah sampai di hujung taman, aku baru menyedari bahawa bunga yang aku lihat tadi adalah yang terindah, tetapi aku tidak boleh kembali kebelakang lagi seperti yang disyaratkan oleh guru.

Sambil tersenyum, Guru tersebut berkata, “Ya, itulah hidup.. semakin kita mencari kesempurnaan, kita pasti tidak akan dapat memperolehinya kerana kesempurnaan yang hakiki tidak ada di dunia ini. Kesempurnaan itu hanya miliki DIA yang Maha SEMPURNA.

Yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan, dan berusaha keras memperbaikinya”

Jadi janganlah mencari kesempurnaan tetapi sempurnakanlah yang telah kita miliki.

Bagaimana menurut anda?