Diari Terapi- Masalah kemurungan ( emotional pain)


Alhamdulillah, terasa ingin berkongsi sedikit refleksi bersama sahabat semua. Sebenarnya terasa berat untuk berkongsi namun rasanya lebih berat kesannya jika saya tidak berkongsi kebetulan pula pagi ini saya terjumpa satu ayat quran yang menekankan tentang kemaafan.

Apa pun refleksi yang saya kongsikan ianya datang dari dalam diri ini selepas saya membantu coach saya menangani masalah 2 pesakit yang boleh tahan juga penderitaan yang dialami lebih dari setahun yang lalu.
Salah seorang dari mereka menderita masalah fizikal ‘mengidap cancer’ dan seorang lagi saya boleh katakan mengalami ‘emotional pain’ yang boleh tahan juga dahsyatnya sehingga mengalami kemurungan.

Apa pun refleksi yang saya ingin kongsikan ini ialah cerita tentang pesakit yang mengalami ‘emotional pain’ tersebut. ALLAH benar-benar ingin memberikan pengajaran kepada saya sekiranya kita mengalami masalah spiritual, ia akan memberikan kesan yang tidak baik kepada emosi (emotional pain) dan seterusnya ia memberi kesan kepada fizikal.

Mengapa ? sebenarnya ketika kali pertama melihat keadaan beliau yang pucat, lesu dan tidak bermaya, hati kecil saya berkata , ‘ oh! ini mungkin pesakit cancer yang perlu dibantu itu’ Tapi sebenarnya tanggapan saya tersebut silap, beliau bukan pesakit cancer tetapi mengalami emotional pain, dan sebenarnya pesakit cancer tersebut kelihatan lebih sihat dari segi fizikal jika dibandingkan dengan beliau. Apa yang ALLAH nak cakap pada saya ketika itu? Jika spiritual dan emotional sakit ianya akan memberikan kesan yang cukup besar kepada kita.

Mengikut cerita dari coach saya, beliau memiliki background pendidikan yang cukup hebat, director kepada sebuah company yang terkenal juga, namun ketika ini beliau diuji ALLAH dengan ujian yang cukup dahsyat, walau bagaimana pun ujian yang ALLAH berikan itu sudah semestinya sesuai dengan keupayaannya. Ujian itu tanda ALLAH sangat sayangkan beliau. Apa pun saya tidak ingin bercerita lebih lanjut tentang beliau namun apa yang saya ingin berkongsi bersama sahabat, apakah puncanya berlaku situasi tersebut.

Punca utama yang menyebabkan beliau mengalami masalah tersebut hanya disebabkan beliau tidak memaafkan masa lampau beliau, tidak memaafkan satu kejadian yang pernah melukakan dan menyebabkan beliau rasa dikhianati.

Akibatnya tanpa sedar beliau berada di level victimhood, sentiasa merasa diri sebagai mangsa dan sentiasa rasa dikhianati. Apabila sudah merasakan diri sebagai mangsa sudah tentu sukar untuk mengambil tanggungjawab kepada kehidupan sendiri. Akhirnya masalah tidak dapat dselesaikan dengan baik sehingga mengganggu perjalanan kehidupan beliau, akhirnya bisnes huru hara, mengalami masalah hutang dan pelbagai masalah yang lain.

Apa yang ingin saya kongsikan disini, jika inginkan kehidupan yang bahagia, belajarlah untuk memaafkan, maafkan masa lalu , maafkan mereka yang melukakan, dan paling penting maafkan diri sendiri.Maafkanlah dari hati yang terdalam bukan sekadar ucapan di mulut dan fikiran, kerana dengan kemaafan itulah yang dapat memecahkan zulumat atau belenggu yang ada di hati kita.

Jika kehidupan tidak seperti yang apa yang diinginkan sebagai permulaan, lakukan refleksi. Jika rezeki tidak sebaik orang lain lakukan juga refleksi, cari puncanya , jika hubungan keluarga juga tidak seperti yang diinginkan, lakukan juga refleksi, mungkin dari situ akan ketahui puncanya dan selesaikan dengan memafkan dari hati.

Berkenaan pesakit yang mengalami masalah ‘emotional pain’ tersebut.Alhamdulillah selepas beberapa sessi yang kami bantu dalam tempoh dua jam, alhamdulillah saya sangat gembira dengan perubahan beliau. Jika ketika dia datang dalam keadaan yang sangat pucat dan lemah, dia keluar dari office dalam keadaan yang lebih baik, muka pun lebih berseri dan beliau sendiri menyatakan kepada kami, ketika datang dia rasakan sangat berat setelah selesai sessi badannya lebih terasa ringan. Sama-sama kita doakan supaya beliau memiliki kehidupan yang lebih baik kerana sebenarnya beliau memiliki potensi yang cukup besar untuk berjaya.

Kepada sahabat yang benar-benar rasa ingin dibantu atau perlukan pertolongan tak kira dalam apa juga masalah, boleh hubungi saya. Insya ALLAH kami akan membantu anda. Bole gunakan page yang disediakan di blog ini  untuk menghubungi saya. Mungkin dengan cara ini saya boleh membantu anda. Mana tahu mungkin bantuan saya menjadi asbab kesembuhan anda dengan izin ALLAH.

 

‘Terapi dari hati kesembuhan milik ALLAH’