Mulakan hari dengan senyuman


 

Assalamualaikum,
Saya doakan semoga sahabat semua berada di dalam keadaan yang gembira dan memulakan kehidupan hari ini dan seterusnya dengan rasa syukur dan bahagia.

Sama-sama kita memulakan hari kita setiap hari dengan senyuman, kerana adakalanya apa yang berlaku di awal hari akan berlarutan sehingga menjelang malam.

Bangkit dari tidur, ciptalah mood yang baik untuk meneruskan kehidupan kerana mood yang ceria ini akan menjdi pemangkin untuk meneruskan tugas kita seharian.

Sekiranya pagi kita dimulakan dengan mood yang kurang baik, marah-marah, pastinya hari tersebut akan dicemari oleh insiden-insiden yang pastinya tidak akan digemari.

Pengalaman yang berlaku diri saya sendiri, apabila saya bangkit dari tidur dengan mood yang kurang baik, anda tentu faham apa yang dimksudkan dengan mood kurang baik, pastinya dengan sikap yang marah-marah, serabut dan muka pun masam.

Apabila memulakan tugas pasti pelbagai kesilapan yang saya lakukan, sehingga sampai ke satu tahap satu kerja pun tidak mampu disiapkan. Adakalanya kesilapan tersebut tidak patut berlaku kerana kesilapan yang saya lakukan adalah terlalu mudah.

Jadi walaupun apa jua masalah yang anda alami, mulakan hari anda dengan senyuman, insyaALLAH apa saja tugas yang anda lakukan akan sentiasa baik, samada dalam urusan peribadi, pekerjaan ataupun perniagaan.