Ingin bahagia… Belajar memaafkan


Jika seseorang itu ditimpa musibah atau kesedihan. Ianya umpama pandangan kita terhalang oleh sebuah batu yang sangat besar. Ke mana saja pergi yang nampak hanyalah batu itu sahaja. Ia tidak dapat untuk bergerak ke depan kerana terhalang oleh batu tersebut. Sekiranya batu itu dibiarkan begitu saja ia akan terus berada di hadapan sehingga kita tidak maju ke depan.

Batu itu umpama kesedihan yang berada di hati kita. Kesedihan itu tidak boleh dibiarkan begitu saja. Ianya juga tidak akan hilang sendiri dan ianya juga tidak akan hilang dimakan waktu jika kita tetap menyimpannya di dalam hati. Sekiranya kesedihan terus berada di hati sikap juga pasti turut berubah. Kita terus menerus menyalahkan orang lain, berprasangka buruk seolah -olah kita tidak inginkan kesedihan itu hilang dari hati kita.

Bila wujudnya prasangka-prasangka tersebut, pasti kita di uji dengan masalah rezeki, kerana rezeki adalah energi yang positif dan hanya mendekati mereka yang positif. Kerana itu betapa besar masalah dan ujian yang dihadapi, belajar untuk memaafkan. Memaafkan untuk kebaikan diri kita sendiri bukan untuk orang lain.