Menjadi magnet kebaikan & rezeki


 

 

Bagaimana untuk menjadi magnet kepada segala kebaikan dan sudah tentunya termasuk rezeki.

Saya terpanggil untuk berkongsi bila seorang sahabat kita dari Keningau sabah menghubungi saya bertanya ‘ benarkah prasangka akan menyekat rezeki kita?. Semalam saya tidak mampu untuk bercerita dengan lebih lanjut kerana ada perkara lain yang perlu difokuskan, saya sekadar menghantar satu hadis untuk sahabat kita ini berfikir dan mencari jawapannya.

Untuk menjadi magnet kepada kebaikan dan rezeki sudah pastinya ia memerlukan proses dan ianya tidak berlaku dengan sekelip mata. Sebagaimana kita juga melalui proses dari kecil, zaman kanak-kanak sehingga ke saat ini yang menginstall pelbagai jenis sistem kepercayaan yang korup terutama tentang rezeki . Jadi untuk ‘uninstall’ sistem kepercayaan korup dan menginstall kepercayaan baru pastinya ia memerlukan proses. Hanya mereka yang akur dan bersabar sahaja yang mampu melalui proses ini.

Jadi untuk proses yang awal ini, paling penting kita perlu bermula dengan PRASANGKA BAIK . Ada yang mengatakan prasangka baik atau positif itu mudah tetapi saya tahu kita melalui proses yang berbeza dan untuk melaluinya tidak begitu mudah bagi mereka yang pernah melalui situasi yang yang tidak menggembirakan ketika perjalanan hidupnya bermula bayi sehingga ke saat ini.

Ada yang pernah kecewa, ada yang pernah terluka, ada juga yang pernah melalui pengalaman sehingga wujudnya trauma. Tetapi harus diingat bukan anda sahaja yang melalui pengalaman ini dan pastinya kita semua tidak terlepas dari ujian-ujian tersebut cuma yang membezakan jenis ujian, cara penerimaan kita dan bagaimana kita melalui kehidupan masing-masing.

Jadi untuk permulaan kita perlu bermula dengan ‘ BERSANGKA BAIK ’ . Anda ingin tahu mengapa perlu bersangka baik atau positif? Jika berminat, boleh tinggalkan komen. Insya ALLAH , saya akan kongsikan beberapa point penting untuk kita sama-sama teruskan ‘ journey’ untuk menjadi magnet kepada kebaikan dan rezeki.