Tahu VS sedar


 

Bismillah..

Dengan izin ALLAH saya kongsikan lagi perkongsian seterusnya untuk kita sama-sama menjadi magnet kepada segala kebaikan termasuk rezeki.

Sebelum itu terima kasih kepada sahabat yang sama-sama turut serta di dalam journey ini. Saya sangat menghargainya dan saya doakan semoga kita sama-sama hidup lebih tenang dan seterusnya menjadi magnet kepada segala kebaikan.

Seperti yang saya kongsikan sebelum ini, perubahan ini berlaku bukan sekelip mata tetapi ianya ialah satu proses. Jadi proses pertama ialah bersangka baik.

Sebenarnya jika ingin bercerita tentang prasangka baik ini sangat panjang dan pelbagai versi untuk membuka kesedaran kepada kita semua. Tidak mustahil sekiranya ia menjadi pelbagai versi.

Penerangan saya pastinya ada melibatkan energi, alam kuantum atau lebih dikenali sebagai metafizik. Tetapi pada perkongsian ini saya tidak akan menyentuh tentang alam energi terlebih dahulu. Tetapi saya cuba memfokuskan di alam realiti dahulu menurut kefahaman saya.

Jujurnya, tidak mudah untuk kita bersangka baik lebih-lebih lagi jika kita pernah mengalami trauma , kekecewaan, kelukaan dan pelbagai isu yang lain .

Jika kita luka pada fizikal, pastinya ia meninggalkan parut yang boleh dilihat. Dan untuk kita melihat luka yang berada di hati kita, tandanya boleh dilihat melalui reaksi emosi dan tindakan pada situasi yang berkaitan.

Mengapa perlu kita bersangka baik? Bila kita bersangka baik ini, sebenarnya kita bersangka baik kepada DIA yang mengatur rezeki kita. Bila kita bersangka baik pastinya itulah keyakinan kita bahawa DIA yang mengatur rezeki kita sejak kita lahir sehingga kita meninggal dunia.

Sudah tentu dengan bersangka baik, kita bukan sekadar TAHU bahawa rezeki kita sentiasa dijamin oleh ALLAH tetapi SEDAR bahwa ALLAH sentiasa menjamin rezeki kita. Jadi ‘keyword’ yang ingin saya tekankan pada perkongsian ini ialah TAHU dan SEDAR.

Kadangkala kita TAHU rezeki kita dijamin ALLAH. Tetapi tindakan kita tidak menunjukkan bahawa kita SEDAR bahawa rezeki kita dijamin oleh ALLAH.

Kita tahu rezeki kita dijamin ALLAH, tetapi tindakan kita berlawanan dengan apa yang kita tahu. Bila diuji dengan masalah rezeki kita mengeluh, bila kita tak ada wang kita stress, marah-marah. Apabila kita diminta untuk bersedekah kita sukar, kalau sedekah pun mungkin tidak sampai 2 peratus dari nilai wang yang ada.

Mengapa situasi seperti ini berlaku? sudah pasti ianya datang dari dari sistem kepercayaan korup yang diinstal sekian lama. Jika ada dikalangan sahabat yang sudah pun berumur 40 tahun, itu bermakna hampir 40 tahun juga kita membawa kepercayaan yang korup ini, jadi tidak mustahil jika kita sukar sentiasa bersangka baik. Tidak kiralah sesiapa pun kita semua tidak pernah terlepas dari ujian ini.

Menyentuh sedikit tentang isu kewangan. Jika melibatkan isu kewangan ini sudah pasti setiap orang melalui versi yang berbeza.

Ada sahabat yang kerja dan berusaha semaksimanya. Tetapi hasilnya tidak setimpal dengan yang diusahakan.

Ada juga dikalangan sahabat yang menerima wang yang banyak, tetapi wang hanya singgah sebentar.
Ada dikalangan sahabat, bekerja keras tetapi duitnya selalu ditipu.

Ada juga yang menjalankan perniagaan dan mengenakan caj yang tinggi tetapi akhirnya menjadi buah mulut orang lain.Malah pelbagai isu lagi.

Mengapa situasi seperti ini berlaku? inilah yang saya katakan love-hate relationship kita dengan wang. seperti yang saya war-warkan pada status sebelum ini.

Fikiran kita suka dan inginkan wang, tetapi hati kita membenci dan menolak wang tersebut. Antara hati dan fikiran agaknya yang mana akan menang. Sudah pasti hati yang menang, kerana itulah wang sukar untuk datang dan bekerja untuk kita.

Adakah anda mengalami masalah seperti ini? dan masih ingin bersama di dalam journey ini. Tinggalkan komen insya ALLAH untuk topik seterusnya saya akan bercerita situasi bagaimana yang membuatkan secara tidak sedar kita sentiasa bersangka buruk kepada wang sehingga sukar untuk membina hubungan yang baik dengan wang.