Month: April 2018


Diari Terapi – Sukar menyimpan wang


 

Bismillah..
Alhamdulillah, perkongsian seterusnya untuk menyambung perjalanan journey kita yang seterusnya. Sejak dari siang, terfikir untuk berkongsi tentang menjadi magnet kepada segala kebaikan dan merancang untuk berkongsi pengalaman ketika membantu mereka yang sukar membina hubungan baik dengan wang.

Sebenarnya dalam tempoh ini, saya sudah pun menemui pelbagai kes yang berbeza. Disebabkan ketika ini saya berada di luar kawasan, jadi segala catatan jurnal saya tinggalkan di rumah . Jadi untuk perkongsian ini, saya memilih satu kisah yang saya bantu dalam tempoh setahun atau 2 tahun yang lepas. Sebenarnya terdapat beberapa kes yang puncanya agak sama, tetapi memberi kesan yang berbeza.

Dalam lebih kurang setahun yang lepas, saya telah dihubungi oleh seorang sahabat , agak panjang juga perbincangan kami dan antara topik yang kami bincangkan ialah masalah kewangan yang telah beliau hadapi.Read More »

Ianya soal hati


 

 

Bismillah..

Dengan izin ALLAH, kita meneruskan journey kita dengan perkongsian yang seterusnya. Kebiasaan saya suka berkongsi pada waktu malam ketika sudah selesai melakukan tugasan, otak sudah bebas dari memikirkan hal yang lain ketika itu saya mampu berkongsi terus apa yang ingin dikongsikan dari hati.

Seperti yang saya nyatakan saya tidak merancang, tetapi banyak menurut rasa hati, jika ALLAH izinkan saya berkongsi adalah cerita dari saya. Jika tidak sama-samalah kita bersabar dan berprasangka baik kerana perancangan ALLAH itu lebih baik . Panjang pula intronya, maafkan saya..

Semalam agak kepenatan, jadi saya kongsikan pagi ini, sebelum memulakan hari ini. Ya, kita sambung tentang prasangka kita terhadap wang. Jika ada diantara sahabat yang berusaha dengan semaksima yang mungkin, agak ‘struggle’ tetapi rezeki dan pendapatan yang diperolehi tidak setimpal dengan apa yang diusahakan.Read More »