Ianya soal hati


 

 

Bismillah..

Dengan izin ALLAH, kita meneruskan journey kita dengan perkongsian yang seterusnya. Kebiasaan saya suka berkongsi pada waktu malam ketika sudah selesai melakukan tugasan, otak sudah bebas dari memikirkan hal yang lain ketika itu saya mampu berkongsi terus apa yang ingin dikongsikan dari hati.

Seperti yang saya nyatakan saya tidak merancang, tetapi banyak menurut rasa hati, jika ALLAH izinkan saya berkongsi adalah cerita dari saya. Jika tidak sama-samalah kita bersabar dan berprasangka baik kerana perancangan ALLAH itu lebih baik . Panjang pula intronya, maafkan saya..

Semalam agak kepenatan, jadi saya kongsikan pagi ini, sebelum memulakan hari ini. Ya, kita sambung tentang prasangka kita terhadap wang. Jika ada diantara sahabat yang berusaha dengan semaksima yang mungkin, agak ‘struggle’ tetapi rezeki dan pendapatan yang diperolehi tidak setimpal dengan apa yang diusahakan.

Malah ada dikalangan yang telah saya bantu bekerja kuat, dapat wang tetapi wangnya ditipu dan kejadian itu berlaku berulangkali. Ada juga yang telah saya bantu dengan izin ALLAH bila dapat wang, wang seolah-olah tidak mahu berdamping lama, hari ini dapat esok dah hilang, ibaratnya tidak sempat berkenalan dan bertanya khabar. Bila dikorek cerita dengan lebih dalam katanya ‘ wang itu tidak penting’ kerana wang aku dipukul kerana dituduh mencuri sedangkan ketika itu aku tidak melakukannya.

Jadi nampak tak, sahabat kita ini bersangka buruk kepada wang. Wang tidak pernah bersalah tetapi ianya ‘ soal hati’ yang pernah terluka disebabkan wang, ianya soal hati yang kecewa kerana dituduh sebagai pencuri kerana wang. Jadi kekecewaan dan kelukaan itu secara tidak sedar menghadirkan prasangka yang tidak baik kepada wang.

Ibarat kata, jika anda adalah kawan baik tetapi saya sentiasa berprasangka buruk dan mengatakan engkau tidak penting adakah anda akan dapat meneruskan persahabatan itu? Pastinya tidak kan.. begitu juga dengan wang, ianya adalah energi baik yang hanya akan datang sekiranya kita menempatkan ruang yang terbaik untuk bersama kita. Kita sambut dengan energi yang positif dengan penuh rasa syukur sebagai tanda kita menghargai rezeki yang datang dari ALLAH. Wang hanyalah perantara atau mediator, apa yang penting sangkaan kita kepada DIA yang mengatur segalanya.

Sahabat yang amat saya sayangi, Adakah anda mengalami kesukaran atau kisah yang lebih kurang sama seperti pengalaman yang saya ceritakan di atas ? Masih ingin meneruskan journey untuk menjadi magnet segala kebaikan dan rezeki?

Bagaimana sekiranya untuk perkongsian seterusnya saya berkongsi satu kisah yang telah saya bantu dan dengan izin ALLAH. Adakah anda ingin membacanya?