Month: January 2019


Kegawatan ekonomi, anda juga gawat?


 

Di sana sini banyak yang bercerita tentang ekonomi yang semakin merudum, duit semakin jatuh dan ramai dikalangan sahabat yang diberhentikan kerja atas alasan masalah ekonomi ini.

Sebenarnya sejak bulan lepas lagi saya ada berbincang dengan beberapa teman bagaimana solusi yang terbaik untuk menjalani kehidupan di dalam situasi sebegini. Terfikir pula saya untuk berkongsi pandangan saya tentang kegawatan ini bersama teman di group ini.

Ada yang mengatakan kita perlu berjimat cermat bagi menangani masalah ini. Ya, pendapat ini benar jika kita berjimat cermat dengan mindset yang BERKELIMPAHAN, bukan dengan mindset scarcity atau kekurangan. Sekiranya kita berjimat cermat dengan mindset yang penuh kekurangan ia memberikan kesan yang lebih teruk kepada ekonomi.Read More »

Saya kembali…


Assalamualaikum dan salam cinta kasih..

Wah agak lama juga tidak bersiaran di sini agak  bersawang dan penuh dengan habuk blog ini. Perlu dibersihkan semula untuk menerima tetamu jauh dan dekat. Alhamdulillah saya bersyukur kerana diizinkan ALLAH untuk terus berkongsi di blog ini.Read More »