Saya kembali…


Assalamualaikum dan salam cinta kasih..

Wah agak lama juga tidak bersiaran di sini agak  bersawang dan penuh dengan habuk blog ini. Perlu dibersihkan semula untuk menerima tetamu jauh dan dekat. Alhamdulillah saya bersyukur kerana diizinkan ALLAH untuk terus berkongsi di blog ini.

Kehidupan kita ni pasti ada pasang surutnya.Ketika kita memiliki energi yang tinggi, kita sentiasa bersemangat dan bermotivasi dalam melakukan kerja-kerja untuk mencapai impian, ketika energi jatuh banyak perkara yang dirancang hanya sekadar merancang namun tindakan entah kemana. Jujurnya saya juga tidak terlepas dari masalah tersebut/

Cerita pasal impian pula saya memasang impian supaya blog ini sentiasa konsisten dikemaskini, berkongsi lebih banyak ilmu dan dapat memberi kepuasan kepada pembaca linncomel.com dengan izin ALLAH.

Doakan saya, semoga saya sentiasa diizinkan ALLAH untuk berkongsi melalui blog ini. Terima kasih Ya ALLAH

 

  • kerana membuka hati saya untuk menceriakan blog ini semula.
  • kerana mengizinkan saya untuk mengemaskini blog ini hari ini.
  • kerana mengizinkan saya kemaskini blog ini dengan rasa gembira
  • kerana menghadirkan pembaca yang hebat untuk membaca blog ini.

 

Saya kembali dan doakan semoga saya sentiasa konsisten untuk berkongsi…