Memaafkan demi kebahagiaan


 

 

 

Walau apa pun usaha kita,hasil akhirnya ialah mencari bahagia. Namun ada juga yang mencari kebahagiaan dengan cara menyakiti orang lain.

Sekiranya terdapat insan-insan yang telah menyakiti kita, Maafkan mereka kerana mereka juga sama-sama mencari kebahagiaan seperti kita.

Mungkin mereka gagal mencari kebahagiaan tersebut sehingga cenderung bersifat tidak baik terhadap orang lain. Jadi maafkan mereka.

Kemaafan itu bukan untuk mereka, tetapi demi diri kita sendiri. Demi kesihatan hati dan kebahagiaan hidup kita sendiri.