≡ Menu

Kenang dah syukuri zaman silam..

Duduklah dan luangkan beberapa minit untuk memikirkan kembali masa kanak-kanak sebelum anda bekerja dan memiliki wang yang banyak . Ketika anda mengingati setiap kenangan , Ucapkan alhamdulillah dengan sepenuh hati tanda mensyukurinya.
Adakah….

makan anda mencukupi?

anda memiliki tempat tinggal?

anda ke sekolah dan menerima pendidikan yang sewajarnya?

anda memiliki buku dan alat tulis untuk anda belajar?

anda memiliki basikal anda sendiri?

anda memiliki haiwan peliharaan yang juga menjadi teman anda.

anda dibawa ke hospital atau klinik ketika sakit?

anda menerima wang saku untuk membeli jajan atau makanan ringan yang anda gemari

Di atas hanyalah sedikit yang mampu saya senaraikan.

Untuk memiliki semua ini kita memerlukan wang tetapi ketika di zaman kanak-kanak kita menerimanya secara PERCUMA.

Kenang kembali dan bersyukur setulusnya di atas setiap peristiwa dan kenangan tersebut, kerana kemampuan kita untuk bersyukur atas setiap yang telah kita terima akan menarik lebih banyak perkara yang disyukuri pada masa sekarang dan akan datang.

 

 

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Post Seterusnya:</br>

<< Post Sebelumnya: