≡ Menu

Numerologi untuk kewangan

Teringat saya pernah didatangi oleh seorang sahabat, saya namakan sebagai XYZ. Dia datang berjumpa saya dengan rupa yang agak kusut dan stress.

XYZ: stress sungguh aku rasa sekarang ni..

Saya: Kenapa stress pula, entah apa-apa asal stress datang cari aku, cari aku je mesti stress. (Bergurau)

 

Disebabkan ko dah belanja aku makan ni, kau cerita kat aku apa masalahnya, anggap je belanja ko ni konsultansi fee untuk aku.

XYZ: Minggu lepas aku pergi masuk kelas metafizik belajar tentang kira tarikh lahir.Bila aku kira-kira tarikh lahir aku ada nombor 888 la.

Saya: oklah tu, apasal ko stress pula bagus apa nombor tu

XYZ: 8 kan nombor tekanan dah 3 kali 8 mestilah tekanan berganda-ganda.

saya: Ko ni lawak la.. suka-suka je ko cakap macam tu. Habis aku yang langsung tak ada nombor 8 ni tak ada tekanan la.Aku nak cakap satu benda je kat ko, nombor tu makhluk tak ada kuasa, yang memberi kuasa itu ALLAH. Ianya hanyalah satu petunjuk dan apa juga yang berlaku kepada ko semuanya bergantung kepada apa yang ko percaya.

Saya berhenti perbualan sampai di situ sahaja, sedikit rumusan ,ramai sangat dikalangan mereka yang mempelajari ilmu nombor ini mengatakan nombor 8 sebagai satu tekanan. Apa lagi jika ada nombor lapan berganda-ganda.

Dalam situasi sahabat saya ini, nombor 888 jika ia dipandang sebagai satu tekanan, tertekanlah hidup sahabat saya itu. Bukan nombor 8 yang membuatkan hidupnya tertekan tetapi kepercayaannya mengatakan nombor 8 adalah nombor tekanan membuatkan hidupnya tertekan. Sedangkan di sisi yang lain nombor 8 bermaksud tanggungjawab.

Bagi pendapat saya pula, 888 itu adalah nombor petunjuk jika difahami dengan cara yang betul boleh menghasilkan kekayaan. Seperti manusia yang ada fizikal, mental, emosi dan spiritual, begitu juga dengan nombor ini.

Nombor 888 itu hanya pada pandangan fizikal, tetapi jika digali dengan lebih dalam ianya akan menghasil 78 ( yang menunjukkan beliau seorang yang boleh dipercayai untuk diberikan tanggungjawab dan hasilnya adalah 6 iaitu wang hasil dari tanggungjawab yang diberikan). Itu belum lagi digali dengan lebih dalam lagi.

Jadi jika ada dikalangan sahabat yang mengatakan hidupnya memang ditakdirkan untuk tertekan, inilah masanya untuk mengubah persepsi anda kepada yang lebih positif.

Berita baik untuk sahabat yang telah pun memiliki ebook ‘ Berdamai Dengan Wang’. Kami telah menyediakan ebook ‘Numerologi untuk Kewangan’ PERCUMA sebagai salah satu dari beberapa bonus yang kami sediakan untuk anda. Insya ALLAH ianya akan menjadi milik anda tidak lama lagi. Nantikan kehadirannya.

  1. Tawaran harga pre-launch bakal di tutup tidak lama lagi. Jika ada dikalangan sahabat yang berminat untuk mendapatkan ebook, boleh klik
    www.energiwang.com/terhad

 

 

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Post Seterusnya:</br>

<< Post Sebelumnya: