≡ Menu

Universal Law atau hukum alam

Hukum Alam,Sunnatullah atau hukum ketetapan Allah adalah peraturan, sistem dan ketentuan Allah untuk hamba-hamba-Nya di dunia ini yang bernyawa atau yang tidak bernyawa, adanya sistem dan peraturan atau sunnatullah ini untuk dipatuhi oleh sesama makhluk. Lain makhluk, lain sistem dan sunnatullah yang wajib dipatuhinya.

Kehidupan kita ini umpama kita berada dalam permainan bola sepak. Hebat bagaimana pun skill seorang pemain itu. Jika dia melanggar peraturan permainan dia akan diberikan kad merah dan terkeluar dari permainan.

Begitu juga dengan hukum alam masing-masing makhluk mesti mengikut sistem yang dikhususkan untuknya, Kalau diikut sistem dan peraturan ini maka hamba atau makhluk itu akan selamat dan hidup bahagia. Kalau tidak diikut, makhluk atau hamba itu akan menderita dan mungkin binasa.
Hukum alam atau sunnatullah ini sifatnya ia tidak berubah-ubah, Setelah ditetapkan sunnah-Nya , Dia tidak mengubahnya walau dalam keadaan apa sekalipun.
Ada banyak hikmah kenapa Tuhan berbuat begitu. Semuanya merupakan rahmat untuk hamba-hambaNya. Bila sunnatullah tidak berubah-ubah, kita mudah belajar dan mudah tahu kerana ia perkara yang tetap yang berlaku setiap masa.

Jadi disebabkan sunnatullah tidak berubah-ubah, maka hidup kita menjadi teratur. Setelah siang, kita tahu ada malam. Ia silih berganti secara tetap. Kalau malam dan siang tidak tetap dan berubah-ubah, hidup kita akan menjadi kucar-kacir, maka sukar bagi kita untuk menjalani hidup. dan kita akan dapat rasakan bahawa dunia ini ada yang menyusun, ada yang mengaturnya. Dunia tidak dibiarkan berfungsi dengan sendiri ikut sesuka hati tanpa sebarang sistem. Justeru itu kita akan dapat merasakan kehadiran dan peranan Tuhan dalam dunia dan alam ini dan satu dari tanda-tanda kebesaran Tuhan kalau kita mahu mengambil iktibar.

Hukum alam tidak ambil peduli anda percaya atau tidak, ia tetap terjadi sesuai hukumnya. Seperti hukum graviti, ia tidak kisah anda percaya atau tidak, kalau anda buang batu ke atas, ia pasti jatuh ke bawah oleh tarikan graviti…
So fahamilah hukum alam ini kerana ianya penting dan sangat-sangat penting bagi mereka yang ingin hidup bahagia.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Post Seterusnya:</br>

<< Post Sebelumnya: