≡ Menu

Hukum sebab & akibat


Hukum sebab akibat mengatakan bahawa di dalam kehidupan ini tidak wujud situasi yang dikatakan kebetulan. Sesuatu yang berlaku kepada diri kita pastinya ada penyebab yang spesifik.
Dengan kata lain apa yang anda menuai hari ini adalah hasil yang anda tabur di masa lalu. Jadi jika anda ingin menuai hasil yang berbeza kita harus menabur benih yang berbeza.
Dan harus kita ingat jika kita menabur biji padi, pastinya yang akan tumbuh adalah pokok padi, tidak akan tumbuh pokok jagung dan sebagainya.
Jika sekarang ini hidup kita berjaya pasti ada penyebab spesifik yang menyebabkan kita berjaya dan sekiranya kita gagal pastinya ada penyebab spesifik yang menyebabkan kita gagal.
Hukum sebab dan akibat ini adalah hukum utama yang perlu difahami supaya lebih mudah kemudian ianya dipecah menjadi hukum hukum yang lebih spesifik. Intinya tidak ada sesuatu yang terjadi secara kebetulan di dunia ini.
Jika seseorang itu berjaya, ianya kerana dia menjalankan atau melakukan cara cara atau kaedah tertentu untuk berjaya. Begitu juga jika seseorang itu gagal, itu juga disebabkan oleh tindakan yang dilakukan menjurus ke arah menuju kegagalan.
Apa yang kita tuai saat ini adalah hasil dari benih benih mental yg kita tabur di masa lalu. Jika kita ingin menuai kejayaan di masa depan, maka kita harus menabur benih mental kejayaan di masa sekarang.
Jika anda sekarang melakukan suatu perbuatan buruk yang menyebabkan rezeki seseorang berkurangan, maka anda juga akan menuai penurunan rezeki anda sendiri.
Misalnya menyebarkan berita berita buruk tentang sebuah produk sehingga tidak laku. anda akan menerima akibatnya iaitu penurunan rezeki anda.
Begitu juga sebaliknya, jika anda menanam benih benih kebaikan yangmenyebabkan rezeki orang lain meningkat, maka anda jugaakan menuai akibat berupa peningkatan rezeki Anda.
Insya ALLAH kita bersambung lagi pada perkongsian seterusnya tentang hukum sebab dan akibat ini.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Post Seterusnya:</br>

<< Post Sebelumnya: