≡ Menu

Hukum sebab & akibat ( perhubungan)


Alhamdulillah, insya ALLAH hari ini saya akan teruskan perkongsian saya tentang hukum sebab dan akibat. Sebenarnya terlalu luas dan terlalu banyak yang boleh dikongsikan tentang hukum sebab dan akibat ini kerana hukum ini sangat berkait rapat dalam segala aspek kehidupan.

Apa pun saya hanya akan menyentuh dan berkongsi tentang isu-isu besar yang banyak mengganggu kehidupan manusia. Hari ini saya akan berkongsi tentang aspek perhubungan. Semoga perkongsian yang bakal saya berikan ini memberikan manfaat kepada sahabat semua.

Dalam kehidupan kita pasti akan ada momen-momen hati kita sakit ,kerana dilukai dan dikhianati. Persoalannya adakah kita perlu marah atau berdendam dengan mereka yang telah menyakiti atau mengkhianati kita?
Marah tidak akan membawa kebahagiaan kepada hidup kita malah membuatkan hidup kita lebih menderita. Adalah satu kerugian jika kita memakan racun kerana sikap buruk dan kesalahan orang lain. Setiap kali adanya kemarahan pada diri kita ianya umpama kita telah menelan racun kerana marah itu sebenarnya merosakkan kesihatan dan juga kehidupan kita.
Seperti yang saya kongsikan pada perkongsian semalam, hukum sebab dan akibat . Apa jua yang kita lakukan dalam hidup ini akan memberikan akibat yang sesuai dengan tindakan yang telah dilakukan (sebab). Jika kita melakukan kebaikan hasilnya kita pasti menerima kebaikan. Jika kita melakukan kejahatan hasilnya kita pasti dibalas dengan kejahatan.
Jadi sekiranya benar diri telah dikhianati, tidak perlu kita berdendam dan marah kerana orang yang melakukan pengkhianatan itu pastinya cepat atau lambat akan menerima pembalasan setimpal dengan apa yang dilakukan.
Jadi tidak perlu kita melakukan kerja Tuhan untuk membalas atau menghukum mereka tersebut. Berdamailah dengan kejadian tersebut dan maafkan mereka yang telah menyakiti itu.
Sahabat, anda layak meneruskan kehidupan dengan lebih gembira dan bahagia. Maafkan segala kejadian yang menyakiti selama ini demi meneruskan kehidupan yang lebih bahagia. Jangan biarkan kehidupan anda tersekat disebabkan oleh dendam kemarahan.
Pengalaman saya membantu sahabat-sahabat dalam sessi terapi yang sukar untuk meneruskan kehidupan dengan bahagia kerana adanya dendam dan kemarahan. Kemarahan dan dendam itu umpama sebiji batu besar yang menghalang anda untuk melihat kebahagiaan yang ada di hadapan.
Maafkanlah mereka yang menyakiti, ini bukan bermakna mereka layak untuk menerima kemaafan anda. Tetapi anda layak untuk hidup bahagia.
Biarkan Tuhan yang bertindak keatas mereka sesuai dengan hukum alam yang telah disediakan.
Teruskanlah kehidupan dengan lebih bahagia dan tingkatkan cinta kasih setulusnya, kerana kita semua layak untuk hidup bahagia.Maafkan dan senyum sokmo ya sayang..

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Post Seterusnya:</br>

<< Post Sebelumnya: