≡ Menu

Hukum sebab & akibat ( kewangan)


Insya ALLAH hari ini kita lanjutkan lagi perkongsian saya tentang hukum sebab dan akibat. Seperti yang saya nyatakan pada perkongsian yang lepas hukum ini amat berkait rapat dengan kehidupan kita. Malah hampir keseluruhan hidup kita berkait rapat dengan hukum ini dan pastinya samada kita percaya atau tidak kita tidak akan terlepas dari hukum ini kerana hukum alam ini bersifat sunnatullah.
Hari ini saya akan memfokuskan pada isu kewangan. Terlalu ramai yang mengalami masalah kewangan tetapi mencari solusi yang berada di luar diri untuk menyelesaikan masalah. Tetapi hakikatnya apa jua masalah itu datang dari dalam diri.
Jadi, apa kaitan hukum sebab dan akibat ini dengan keadaan kewangan yang bermasalah? sebab utama yang menjadikan kewangan kita bermasalah kerana secara sedar atau tidak kita telah MENOLAK wang jauh dari diri kita.
Kualiti kehidupan kita sebenarnya bergantung kepada kualiti fikiran kita tidak kira dalam aspek apa pun termasuk kewangan.
kualiti kehidupan adalah akibat dan kualiti fikiran adalah sebab. Kewangan bermasalah adalah akibat dan kualiti fikiran adalah sebab. Jadi sekiranya anda memiliki masalah kewangan apa yang perlu diperbaiki adalah kualiti fikiran. Jadi solusinya bukan berada di luar diri tetapi di dalam diri kita iaitu kondisi fikiran yang perlu kita baiki. Kualiti fikiran inilah yang membentuk ‘blueprin’t kewangan kita.
Sebenarnya terdapat banyak faktor yang menjadi penyebab kepada masalah kewangan. Salah satunya ialah instalasi yang datang dari lingkungan keluarga. Mungkin datang dari situasi keluarga yang mempunyai masalah kewangan.
Jadi anda sering mendengar ibu bapa bertengkar kerana wang. Adakalanya sering dimarahi kalau minta duit. Kita diberi tahu bahawa duit itu tidak spiritual dan menjadi penyebab kepada kejahatan dan banyak lagi penyebab-penyebab yang menyebabkan kualiti fikiran kita terhadap wang menjadi korup sehingga membentuk ‘blueprint’
kewangan yang tidak membantu anda memiliki keadaan kewangan yang baik.
Sebenarnya terdapat penyebab yang menyebabkan terjadinya masalah kewangan ini, salah satunya kita memiliki thermostate kewangan (batas atas kewangan) yang rendah dan insya ALLAH saya akan jelaskan nanti bila masuk pada topik hukum kesesuaian.
Jadi jika ketika ini anda memiliki masalah kewangan, masuk ke dalam diri dan baiki kualiti fikiran mengenai kewangan (sebab) untuk menghasilkan situasi kewangan anda yang lebih baik.(akibat)

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment