≡ Menu

Hukum sebab & akibat -What goes around comes around

Alhamdulillah, kita lanjutkan lagi perkongsian kita tentang hukum sebab dan akibat. Mungkin ini perkongsian terakhir saya untuk hukum ini, dan esok insya ALLAH kita akan berpindah ke hukum yang seterusnya iaitu hukum kompensasi atau Law of compensation.

“What goes around comes around”. Ada pepatah yang mengatakan hidup ini umpama roda, adakala kita di atas dan adakalanya kita berada di bawah. Setiap apa jua perbuatan yang kita lakukan terhadap orang lain samada baik atau buruk pasti ianya akan kembali semula kepada diri kita.
Contohnya dalam politik, seorang pemimpin ketika berada di atas sangat dihormati orang lain dan kata-katanya umpama fatwa dan banyak merendahkan orang lain dan ketika jatuh penghormatan yang diterima selama ini hilang. Apakah tindakan yang terbaik perlu dilakukan oleh pemimpin tersebut? adakah beliau perlu menyalah mereka yang tidak menghormatinya atau melakukan muhasabah diri? Adakah dengan cara menyalahkan orang yang tidak lagi menghormatinya akan membuat hidup beliau semakin baik? Sudah pastinya tidak, jadi tindakan yang terbaik ialah dengan melakukan muhasabah dan ‘move on’.

Begitu juga dalam soal perniagaan, mungkin kita mengalami masalah dalam urusan jual beli, mungkin ada terjadinya urusan perniagaan yang tiba-tiba batal ketika proses berlangsung, adakah kita perlu memarahi pelanggan kita tersebut? Adakah masalah itu akan selesai bila kita marah-marah ? Ingat marah itu umpama kita menelan racun kerana sikap orang lain yang kononnya melakukan kesilapan.

Bila terjadi situasi seperti ini, ambil peluang untuk muhasabah diri, kerana apa yang berlaku kepada kita pasti ada sebabnya. Lakukan muhasabah adakah kita pernah membuat perkara yang sama terhadap orang lain, atau kita pernah bergossip tentang hal yang lebih kurang serupa sebelum ini. Atau adakah kita pernah mengalami situasi yang sama tetapi sukar untuk berdamai dan akhirnya masalah ini berulang kerana adanya blockage yang tersimpan di dalam diri kita dan seterusnya menarik lebih banyak situasi yang sama.

Apa jua yang berlaku terutama perkara-perkara yang kita tidak suka ianya bukan datang secara suka-suka tanpa diundang tetapi kita sendiri yang menariknya.

Sentiasa ingat hukum sebab dan akibat ini sentiasa berjalan walaupun kita tidak mempercayainya. Jadi jika kita benar ingin bertanggungjawab terhadap kehidupan sendiri, jika ada masalah, banyakkan muhasabah dan berdamai dengan kejadian tersebut. Jadilah manusia yang bebas untuk menentukan nasib sendiri.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment