≡ Menu

Hukum kompensasi ( Law of compensation)


Alhamdulillah, hari ini kita lanjutkan dengan hukum yang kedua iaitu hukum kompensasi, imbalan atau ganjaran.
Hukum Kompensasi mengatakan bahawa anda mendapatkan hasil sebanding atau setara dengan upaya atau sumbangan yang telah anda lakukan.

Jika ada seseorang itu mendapat hasil yang melimpah, ertinya dia sudah melakukan sesuatu yang jauh lebih banyak daripada sepatutnya Seseorang itu akan mendapat ganjaran yang seimbang dengan apa yang dilakukan, Mereka menabur banyak benih sehingga tidak hairan mereka akan menuai lebih banyak hasil. Tidak kira sesiapa pun pasti akan mengalaminya jika mereka melakukan hal yang sama.

Ada juga yang berkira-kira dalam mengerjakan sesuatu pekerjaan, jadi jangan hairan jika rezeki pun berkira-kira untuk datang.

Jadi kita dituntut melakukan servis atau kerja yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Mungkin hasilnya tidak diperolehi serta-merta, tapi cepat atau lambat ganjarannya tetap diterima sesuai dengan kualiti servis yang kita lakukan.

Disisi lain juga ianya menggariskan bahawa kita dituntut untuk membayar setiap pekerjaan yang orang lain berikan kepada kita.

Secara lebih luas lagi, hukum ini juga menuntut untuk kita memberi ganjaran yang sepatutnya untuk semua perkara baik yang kita terima tidak kira dari sesiapa pun.
Elakkan daripada memiliki ‘mindset subsidi’ iaitu ingin memiliki segalanya secara percuma kerana ianya tidak dapat membantu energi mengalir dengan lebih baik.
Sebaiknya jika diterima sesuatu dengan percuma dan jika memberikan manfaat sebarkan supaya orang lain juga mendapatkan manfaatnya hanya dengan cara itu hukum kompensasi bekerja dan energi juga sentiasa mengalir dan seterusnya memberikan manfaat kepada kehidupan kita sendiri.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment