≡ Menu

Hukum Kompensasi(2)

Image may contain: ocean, sky, nature, outdoor and water, text that says 'My belief is firm in a law of compensation. The true rewards are ever in proportion to the labour and sacrifices made.'

 

Insya ALLAH kita lanjutkan lagi perkongsian dengan menyambung tentang hukum kompensasi ( Law of Compensation)

Kata kunci pertama yang akan saya fokuskan ialah ‘kita akan dibayar setimpal dengan apa yang telah kita usahakan’.

kunci yang kedua ‘wang ialah energi’. Apa kaitan diantara dua kata kunci ini? Teruskan pembacaan untuk lebih memahami.

Terdapat situasi yang memperolehi wang yang banyak tetapi sentiasa dalam kekurangan dan tidak puas dengan apa yang dia ada. Contohnya bila dapat duit, duit tu mudah habis dan ada rasa tidak cukup dan sukar untuk menyimpan.

Mengapa situasi itu berlaku? kita lihat balik kepada kata kunci yang pertama iaitu ‘ kita akan dibayar setimpal dengan apa yang telah kita usahakan. Alam bekerja melalui energi dan kita dibayar juga melalui energi.

Katakanlah kita dijanjikan pendapatan oleh majikan untuk memperolehi gaji sebanyak RM5000, tetapi jika kita sentiasa mengelat dan tidak menjalankan usaha setimpal dengan apa yang kita terima, kita hanya menerima energi wang kurang dari nilai RM5000.

Secara fizikal, kita menerima pendapatan RM5000, tetapi jika level kerja kita hanya sekitar RM2000 jadi kita telah berhutang energi sebanyak RM3000. Jadi tidak mustahil duit gaji anda setiap bulan itu tidak pernah mencukupi kerana dalam dunia energi hak untuk anda memiliki hanyalah RM2000. Jadi baki RM3000 itu akan keluar dengan pelbagai cara, seperti kereta rosak tiba-tiba dan pelbagai perkara lagi yang tidak dijangka sehingga perlu mengeluarkan wang itu secara paksa.

Ianya berbeza dengan situasi walaupun dibayar gaji dengan hanya RM2000 tetapi usaha dan kerja yang dilakukan lebih dari nilai yang dibayar . walaupun jumlahnya tidak cukup besar tetapi wang yang diterima cukup dan adakalanya boleh menyimpan, inilah yang dipanggil ‘berkat’.

selain itu kita juga dibayar dengan kebaikan yang lain seperti orang sekeliling kita suka dekat kita atau senang dengan kehadiran kita. Perkara seperti ini boleh dilihat bila kita bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain. Kehadiran kita memberi manfaat kepada orang lain dan tidak menyusahkan.

Kesimpulannya alam bekerja di dunia energi dan membayarnya dengan nilai energi. Wang fizikal yang berada di dalam dompet kita bukan milik kita sepenuhnya jika kita bekerja tidak setimpal dengan apa yang dibayar oleh majikan secara fizikal.

 

 

 

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Post Seterusnya:</br>

<< Post Sebelumnya: