≡ Menu

Hukum Pengendalian

 

Insya ALLAH kita lanjutkan lagi perkongsian kita hari ini dengan hukum yang seterusnya iaitu ‘hukum pengendalian’.

Hukum pengendalian mengatakan bahawa kita sendiri yang bertanggungjawab ke atas kebahagiaan diri kita sendiri.

Jika kita membiarkan pihak lain yang mengendalikan hidup kita , maka akan muncul masalah stress atau tekanan yang boleh mendatangkan efek yang tidak baik kepada diri kita seperti masalah penyakit tidak kira emosi atau fizikal. Dalam bahasa mudahnya kita sendiri yang perlu mengambil tanggungjawab terhadap kehidupan kita.
Dalam psikologi, hukum ini disebut sebagai teori “fokus pengendalian”. Pada umumnya sebahagian besar stress, kegelisahan, ketegangan dan penyakit psikosomatis datang kerana membiarkan orang lain yang mengendalikan kehidupan samada secara sedar atau tidak sedar.

Ramai sungguh diantara kita meletakkan kebahagiaan kita kepada orang lain yang mengendalikannya. Malah jika kita hidup menderita kita lebih suka meletakkan diri kita di level mangsa kita menyalahkan orang lain sebagai punca ketidakbahagiaan . Kita jarang mengambil tanggungjawab di atas setiap perkara yang berlaku.

Meletakkan diri kita di level mangsa tidak akan membantu kita bangkit untuk hidup dengan lebih baik malah menjadikan diri kita lebih lemah inilah yang menyebab wujudnya masalah depresi, anxiety dan apa jua masalah psikomatis yang lain.

Jadi apa jua yang berlaku pada hidup kita, ambil tanggungjawab untuk bangkit membina hidup yang lebih baik kerana samada kekayaan, kejayaan atau kebahagiaan itu datangnya dari dalam diri, bukan bergantung kepada faktor luaran.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Post Seterusnya:</br>

<< Post Sebelumnya: