≡ Menu

Hukum Pengendalian-2

Image may contain: outdoor and nature, text that says 'HOLDING ON TO S IS LIKE DRINKING POISON AND HOPING THE OTHER PERSON WILL DIE. BUDDHA'

Insya ALLAH kita lanjutkan lagi perkongsian kita untuk ‘hukum pengendalian’. Dalam urusan kita sehari-hari kita pasti akan menemui pelbagai ragam manusia. Ada yang buat kita gembira dan ceria, ada yang buat kita geram, sedih, marah, menyampah dan meluat.

Jika kita menemui mereka yang membuat kita gembira dan ceria alhamdulillah, bagaimana pula keadaannya jika kita bertemu dan berurusan dengan mereka yang menghadirkan kita dengan emosi-emosi yang negatif seperti geram, sedih, marah dan sebagainya. Inilah pentingnya kita tahu bagaimana untuk mengendalikan fikiran dan hati.
Kita pasti akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia. contohnya jenis manusia yang dulu pernah mempunyai hubungan yang baik, bila berpisah langsung tak hubungi kita bertanya khabar hanya muncul bila memerlukan pertolongan.

Ada juga jenis manusia hubungi kita hanya untuk mempergunakan kita bila diperlukan. Bila dah diperguna atau tidak boleh diperguna terus diam seribu bahasa.

Ada pula jenis yang diri sendiri menawarkan servis berbayar sampai masa nak gunakan servis kita hanya nak inginkan servis percuma dari kita .

Ya, itu adalah asam ragam yang ada di dalam kehidupan ini. Dan pastinya ada pelbagai jenis ragam manusia di alam ini yang perlu kita temui setiap hari.Contoh-contoh yang saya berikan ini hanyalah contoh-contoh yang mudah, belum lagi jika kita menemui mereka-mereka yang lebih ekstrim sikapnya.

Jadi adakah kita akan membiarkan diri kita hidup dalam emosi-emosi negatif kerana sikap-sikap mereka yang berada di luar diri kita? adakah kita akan membiarkan orang luar mengendalikan kehidupan kita?

Ramai orang berfikir bahawa dengan membenci, marah dan kesal terhadap seseorang yang menyakiti adalah cara untuk menghukum orang tersebut, padahal silap.
Memendam terus perasaan itu ibarat menelan racun dan mengharapkan racun itu menyakiti orang itu padahal kita sendiri yang merasa sakit kerana berdendam dan membenci orang itu.
Menyimpan rasa sakit ini juga akhirnya membawa kita kepada pelbagai penyakit fizikal, emosi dan spiritual.Malah, kehidupan kita juga akhirnya sukar untuk gembira dan bahagia.

Insya ALLAH perkongsian seterusnya nanti saya akan kongsikan mengapa seseorang ini sukar mengendalikan perasaan dan kehidupan dan apakah solusinya.

 

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Post Seterusnya:</br>

<< Post Sebelumnya: