≡ Menu

Hukum Pengendalian 3

Kita tidak mampu mengubah sikap sesiapa pun yang datang ke dalam hidup kita dengan pelbagai ragam dan perangai. Tetapi kita boleh mengendalikan diri, emosi dan kehidupan kita dengan mengubah persepsi kita terhadap orang itu.
seperti salah satu contoh yang saya berikan ini sebenarnya rungutan yang saya terima melalui PM meminta pendapat dari saya beliau adalah seorang peniaga yang menawarkan servis dan sentiasa dihubungi oleh seseorang yang bertindak seperti parasit kerana inginkan servis percuma darinya sedangkan individu yang menghubunginya itu seorang peniaga yang hampir setiap hari mengiklankan servis berbayar di wall facebook.

Jawapan yang saya berikan cukup mudah iaitu ‘senyum’ je. Tak perlu marah atau sebagainya kerana individu itu mempunyai blockage yang tersendiri sehingga memiliki ‘mindset subsidi’. Mungkin sebelum ini beliau pernah hidup susah atau pernah diuji dengan masalah kewangan dan selagi beliau tidak berdamai dan tidak berusaha mengubah sikap ini, selagi itulah beliau akan menghadapi masalah kewangan kerana memfokuskan kepada kekurangan.

Tugas kita hanyalah menguruskan dan mengendalikan emosi kita sendiri, jangan biarkan individu tersebut mengendalikan emosi dan kehidupan kita. Maafkan apa yang berlaku dan sentiasa bersangka baik. Apa yang paling penting walau pelbagai ragam yang kita temui atau hadapi kita tetap tenang.

Tetapi ada juga situasi kita cuba untuk memahami tetapi masih ada rasa marah, benci atau sebagainya, kenapa? nantikan perkongsian saya yang seterusnya.

 

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Post Seterusnya:</br>

<< Post Sebelumnya: