≡ Menu

Hukum pengendalian 4

Image may contain: one or more people and text

Alhamdulillah, kita lanjutkan lagi perkongsian kita tentang hukum pengendalian. Seperti yang saya kongsikan semalam adakalanya tidak mudah untuk kita mengawal dan mengendalikan emosi kita dalam situasi -situasi yang tertentu.

Katakanlah anda bertemu dengan seseorang yang benar-benar membuat anda marah walaupun mungkin itu kali pertama anda menemuinya. Rasa marah sehingga melarat kepada isu-isu yang lain, semua orang yang ditemui menjadi mangsa kemarahan. Walaupun anda cuba untuk mengawal emosi tetapi tetap sukar untuk memaafkan secara total.
situasi ini berlaku? kerana anda tidak berdamai dengan masa lalu anda. Maksudnya anda pernah terluka disebabkan oleh situasi yang sama dari orang yang berbeza dan anda tidak memaafkan kejadian tersebut atau orang yang pernah melukakan anda. Dan tidak mustahil mungkin kejadian itu berlaku sejak dari zaman kanak-kanak anda. Jadi orang yang baru dikenali dan membangkitkan kemarahan itu hanyalah pencetus atau menjadi asbab untuk ‘trigger’ kembali kelukaan anda di zaman lampau. Ingat hukum sebab dan akibat? setiap yang berlaku pasti ada sebab dan setiap sebab itu menghasilkan akibat.

Apa yang berlaku pada zaman lampau anda itu mungkin menjadi akibat pada waktu sekarang. Jika anda pernah direndah-rendahkan atau di ejek ketika zaman kanak-kanak tidak mustahil anda memiliki ‘low self esteem’ yang rendah. Sehingga memberi kesan kepada kehidupan hari ini.

Jika sebelum ini anda pernah gagal, dan tidak memaafkan kegagalan tersebut mungkin anda akan mengalami kegagalan demi kegagalan kerana ianya membentuk ‘viscious cycle’ dalam hidup anda. Harus diingat kita tidak dilahirkan untuk gagal berkali-kali tetapi ada sebab yang menyebabkan hidup kita sentiasa gagal.Malah mungkin ada beberapa situasi lain yang membentuk Trauma di dalam kehidupan sehingga ke hari ini.

Jadi jika anda mengalami situasi ini, apa yang perlu anda lakukan? Maafkan dan berdamai dengan masa lalu anda, maafkan mereka yang telah melukakan anda dan amat penting maafkan diri anda sendiri.

Kaedah ini ada saya ceritakan langkah demi langkah bagaimana untuk berdamai dengan masa lalu anda melalui ebook berdamai dengan wang.Jadi kepada sahabat yang telah memiliki ebook tersebut, anda boleh rujuk pada bahagian teknik advanced untuk berdamai. Jika ada sebarang pertanyaan tentang teknik tersebut boleh hubungi saya untuk dibantu.

Insya ALLAH perkongsian seterusnya nanti, kita lanjutkan dengan hukum yang seterusnya iaitu Hukum Kepercayaan.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Post Seterusnya:</br>

<< Post Sebelumnya: