≡ Menu

Hukum Kepercayaan

Insya ALLAH kita lanjutkan lagi perkongsian kita tentang hukum alam yang seterusnya iaitu hukum yang ke empat iaitu Hukum kepercayaan.

Hukum kepercayaan mengatakan apa pun yang anda percaya dengan bersunguh-sungguh dan melibatkan emosi ianya akan menjadi kenyataan di dalam kehidupan kita. ‘You will see it when you believe it’.
Kepercayaan yang ada di dalam diri anda yang akan membentuk realiti kehidupan anda.

Maksudnya apa jua keadaan kehidupan anda hari ini samada bahagia, derita, miskin atau kaya segalanya berpunca dari sistem kepercayaan yang ada di dalam
diri.

Jadi jika kehidupan anda hari ini tidak seperti yang anda inginkan, jangan salahkan luaran atau orang lain yang menjadi punca untuk semua ini.
Tetapi ianya berpunya dari kepercayaan atau sekumpulan sistem kepercayaan yang ada di dalam diri yang membentuk mindset dan mindset inilah yang membentuk tindakan dan akhirnya kehidupan yang bagaimana sedang anda lalui sekarang.
Jika anda ingin mengubah kehidupan itu bermakna kita perlu mengubah kepercayaan yang ada di dalam diri terlebih dahulu.

Image may contain: text
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Post Seterusnya:</br>

<< Post Sebelumnya: