≡ Menu

Hukum Kepercayaan-2

Alhamdulillah, kita lanjutkan lagi tentang hukum kepercayaan. Bila bercerita tentang hukum kepercayaan ini kita tidak dapat lari dari bercerita tentang persepsi kerana persepsi kita yang berulang-ulang akan membentuk sistem kepercayaan atau mindset di dalam diri. Apabila terbentuk mindset ianya akan membentuk tindakan dan seterusnya mencipta realiti di dalam kehidupan kita.

Katakanlah kita mempunyai persepsi bahawa untuk mendapatkan wang itu sukar, walaupun hanya bermula dengan persepsi sekiranya ia membentuk sistem kepercayaan atau mindset, ianya akan menjadi realiti di di dalam kehidupan.
adi hidup kita benar-benar sukar untuk mendapatkan wang.

Jangan lupa apa yang kita percaya dengan bersungguh-sungguh dan melibatkan emosi akan membentuk realiti dalam kehidupan kita. Jadi bagi mereka yang hidupnya sentiasa diuji dengan masalah kewangan, sudah sampai masanya untuk padamkan kepercayaan lama dan menukarkan dengan kepercayaan baru iaitu ‘wang datang dengan mudah ke dalam hidupku’.

Begitu juga jika selama ini persepsi yang hadir dalam hidup kita bahawa hidup adalah satu perjuangan. Maka sekiranya ia membentuk sistem kepercayaan, maka kehidupan kita akan sentiasa diuji sehingga kita perlu berjuang untuk memperolehi apa yang diinginkan. Jika selama ini anda merasakan hidup adalah satu perjuangan, sudah sampai masanya anda menukarkan kepercayaan itu dengan kepercayaan baru iaitu ‘hidup ini mudah dan menyenangkan.

Jadi jika kehidupan anda tidak bahagia, mungkin anda menyimpan kepercayaan yang salah tentang kebahagiaan. Contohnya anda percaya kebahagiaan itu perlu dicari diluar diri, sudah sampai masanya untuk anda menerima diri seadanya kerana kebahagiaan itu berada di dalam diri. Anda hanya perlu menerima diri apa adanya, dan terlalu banyak yang boleh kita syukuri, jadi syukuri dari situlah kebahagiaan hadir.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Post Seterusnya:</br>

<< Post Sebelumnya: