≡ Menu

Hukum kepercayaan -3

Kita lanjutkan lagi dengan perkongsian seterusnya tentang hukum kepercayaan. Hukum kepercayaan mengatakan apa pun yang anda percaya dengan bersunguh-sungguh dan melibatkan emosi ianya akan menjadi kenyataan di dalam kehidupan kita.

Maksudnya kehidupan yang kita lalui sekarang adalah projeksi dari apa yang ada di dalam diri kita dengan maksud lain kehidupan kita lalui adalah hasil sistem kepercayaan yang kita pegang. Jika kita kaitkan dengan hukum sebab dan akibat. kehidupan yang kita lalui hari ini adalah akibat dari sebab yang tersimpan di dalam diri kita.

Jika ketika ini rezeki anda bermasalah, sentiasa rasa tidak cukup kerana kita memiliki tanggungan yang ramai.
Sedangkan hakikatnya setiap makhluk Tuhan ada rezeki masing-masing yang ALLAH sediakan. “Dan tidak satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya” (Al-Quran Surah Hud, ayat 6). Jadi sepatutnya semakin besar tanggungan kita semakin banyak rezeki yang kita perolehi. Tetapi kenapa berlaku situasi yang sebaliknya?

Sudah pasti ianya berkait rapat dengan sistem kepercayaan tentang rezeki yang tersimpan di dalam diri. Mungkin anda memiliki kepercayaan yang korup tentang rezeki. Contohnya mungkin apa yang tersimpan di dalam sistem kepercayaan anda selama ini , semakin banyak tanggungan maka semakin kurang rezeki yang diperolehi kerana kita melihat rezeki itu hanya dalam bentuk fizikal. Sedangkan fizikal itu hanya mewakili wang atau rezeki yang sebenarnya dalam bentuk energi. Energi itu pula sebenarnya tidak pernah berkuranga hanya menunggu masa untuk dimaterialisasikan ke dalam bentuk fizikal.

Mungkin juga anda menyimpan kepercayaan bahawa rezeki itu datang dari usaha anda sendiri. Jadi semakin kurang anda berusaha maka semakin kurang rezeki yang diperolehi. Makin kuat anda bekerja makin banyak rezeki yang diperolehi. Jika kita memegang kepercayaan itu, bagaimana pula dengan petani atau buruh kasar yang telah bekerja bermati-matian tetapi hasilnya tetap kecil?

Tetapi jika kita menyimpan kepercayaan tugas kita hanya bekerja dan berusaha untuk melakukan yang terbaik, tapi soal rezeki itu semuanya datang dari ALLAH. Malah ALLAH sentiasa memberikan rezeki dari pelbagai cara malah datang dari sumber yang tidak pernah kita jangka.

Sekiranya kehidupan kita tidak seperti apa yang kita inginkan. Solusi terbaik, baikilah sistem kepercayaan yang ada di dalam diri. Perbetulkan apa yang perlu diperbetulkan.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Post Seterusnya:</br>

<< Post Sebelumnya: