Spiritual Financial 101-Siri 1


Spread the love

Salam perkenalan serta salam penuh cinta kasih buat sahabat semua.

Selama ini, saya menilai kekayaan dengan banyak atau sikitnya harta yang seseorang itu ada. Banyak duitnya, banyak asetnya, tinggi pangkatnya, dan besar bisnesnya maka dia adalah orang kaya. Apa sahaja yang nampak di mata fizikal dan boleh dihitung, itulah kekayaan.

Sehinggalah saya diberikan pencerahan dan terSEDAR bahawa kekayaan yang sebenar bukan seperti apa yang saya sangkakan di atas. Pernah telihat atau terdengar kata-kata mirip seperti di bawah?

“Kekayaan TIDAK SEMESTINYA sesuatu yang boleh dikira, dilihat dan dinilai dengan mata fizikal”   

Perasan tak kata-kata di atas masih kurang tepat? Jujurnya, pada awalnya saya juga merasakan tiada yang salah dengan kata-kata di atas. Sehinggalah satu hari saya ditegur dan diberikan pencerahan oleh sis linn comel. Baik, di mana silapnya?

Ianya kurang tepat kerana perkataan ‘TIDAK SEMESTINYA’.

Perkataan yang digunakan tersebut masih menunjukkan bahawa kekayaan masih boleh dinilai dengan apa yang nampak di mata fizikal. Atau dengan kata lain, sesuatu yang boleh dilihat dan dinilai dengan mata fizikal merupakan salah satu kayu pengukur kekayaan.

Sahabat…

Apa sahaja yang kita nampak di mata fizikal itu bukanlah kekayaan yang sebenar. Kaya ini persoalan dalaman diri kita, dari spiritual kita sendiri. Pernah jumpa tak

  • Orang duitnya banyak, tetapi sangat kedekut dan berkira-kira kerana takut duitnya habis?
  • Orang yang asetnya banyak, tetapi tidak juga puas dan merasa cukup?
  • Orang yang besar dan maju perniagaanya, tetapi tetap juga merasa kesunyian dan tidak bahagia?
  • Orang yang hidupnya serba sederhana dan biasa-biasa tetapi sentiasa cukup dan tenang?

Ada orang nampak sederhana tetapi diam-diam dia menpunyai banyak harta dan sering berkongsi hartanya bersama orang lain. Ada orang nampak kaya tetapi hakikatnya hutang keliling pinggang. Jadi adakah kekayaan itu masih dinilai dari luaran?

Kerana itu saya katakan tadi, kekayaan itu kerja dalaman. Kekayaan itu hal spiritual. Di saat kita yakin dan merasa bahawa kehidupan ini penuh keberlimpahan, sentiasa merasa cukup dan sentiasa berperasaan positif, kita telah pun mengecapi kekayaan. Inilah makna kekayaan yang sebenar. Orang kaya adalah orang yang sentiasa tenang dan bahagia. Orang kaya adalah orang yang bebas dari sebarang keterikatan, bebas dari ketakutan dan kerisauan.

Bagaimana untuk mendapatkan apa yang kita mahu andai apa yang kita ada sekarang pun tak mampu untuk kita hargai dan syukuri? Apa yang terlihat di mata fizikal itu hanyalah banyak dan sedikit, tetapi itu belum menentukan cukup atau tidak dan ianya bukanlah pengukur kekayaan.

Sahabat…

Marilah kita kembali dan hayati makna kekayaan yang sebenar. Kekayaan itu ukuran dalaman dan bukan luaran (inside out). Sedarilah dan bukan sekadar mengetahui…

-salam sayang-