Ubah fokus ubah kehidupan..


Spread the love

Seperti mana kita tidak dapat mengusir kegelapan dengan memfokuskan pada kegelapan. Tetapi kita perlukan cahaya supaya kegelapan itu hilang.

Begitu juga kehidupan, kita tidak dapat menghilangkan rasa bersalah kerana dosa dengan memfokuskan dosa tersebut tetapi perlu memfokuskan pada kehidupan yang lebih baik.

Memfokuskan diri pada masalah hutang tidak dapat membuat rezekimu bertambah. Fokuskan hanya pada solusi dengan membayangkan wang dengan penuh rasa syukur.

Memfokuskan pada sakit tidak dapat membuat diri sihat tetapi fokus pada kesembuhan yang membuatkan diri makin sihat.

Inilah pentingnya perlu tahu bagaimana untuk menguruskan emosi dan fikiran.

Anda bukan fikiran dan anda juga bukan emosi. Jadi uruskan emosi dan fikiran sebaiknya.

Anda adalah raja, jangan biarkan kerajaan diri anda ditakluki. Jika diri anda ditakluki bermakna kehidupan anda juga sedang ditakluki.