Pendapat saya tentang Suntikan Vaksin


Spread the love

 

 

Sedikit perkongsian pendapat saya tentang isu vaksin memandangkan terdapat beberapa sahabat yang menghubungi saya samada ianya memudaratkan atau sebaliknya.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya tidak berada di mana-mana pihak samada pro-vaksin atau anti-Vaksin.

Jadi pendapat yang bakal saya berikan sekarang berpandukan sistem kepercayaan  yang saya pegang selama ini terhadap kehidupan.

Saya percaya bahawa semua orang perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap diri dan kehidupan mereka .Dan apa jua yang berada di luar diri tidak akan dapat memudaratkan sekiranya diri sendiri tidak mengizinkan.

Jika seseorang itu mengalami masalah disebabkan sesuatu yang datang dari luar diri, itu kerana mereka sendiri yang mengizinkan samada secara sedar atau tidak sedar. Jadi adalah menjadi tanggungjawab mereka sendiri untuk memperbetulkannya.

Kembali pula pada kisah vaksin  bagi saya bukan vaksin yang membuatkan anda sihat atau memudaratkan. Tetapi yang membuatkan anda  sihat atau ditimpa penyakit adalah KEPERCAYAAN yang ada pada diri anda sendiri. Kepercayaan itulah yang mengizinkan vaksin itu memudaratkan diri anda.

Jika selama ini fikiran anda sentiasa memfokuskan bahawa vaksin itu bahaya dan memudaratkan, pasti ianya memudaratkan diri anda walaupun vaksin itu  mungkin tidak merbahaya  dan hanya diisi dengan air suling sahaja kerana apa yang difokuskan itu adalah satu doa.

Tentu pernah terdengar atau terbaca di mana-mana,  ‘ anda adalah apa yang anda percaya’ dan  ‘apa yang anda fokuskan akan berkembang’.  Jadi yang membuatkan vaksin itu menjadi sesuatu yang memudaratkan apabila anda  membaca berita -berita tentang bahayanya vaksin   jadi seterusnya anda memfokuskan bahawa vaksin itu merbahaya dan boleh memudaratkan dalam pelbagai cara.

Anda sendiri yang install  cerita-cerita negatif tentang vaksin itu  sehingga membina rasa takut dan kerisauan dalam diri. Kerisauan itu juga adalah satu doa.

Jika 1 juta orang yang menerima suntikan vaksin itu dan semuanya sakit dan memudaratkan ,  bolehlah dikatakan ianya berpunca dari vaksin.

Tetapi jika 1 juta yang mengambil vaksin tersebut, masih ada yang sihat dan  ada juga yang memudaratkan ianya bukan lagi disebabkan oleh vaksin, tetapi  sistem kepercayaan dan kondisi badan masing-masing yang menerima suntikan tersebut.

Jadi ubah fokus anda, jangan sekali-kali fokus apa yang ada di luar diri anda. Tetapi fokuslah pada diri sendiri dengan cara menukar kepercayaan yang ada pada diri, fokuskan juga untuk menguatkan immun sistem dan memastikan tubuh badan berada dalam keadaan sihat.

Dari segi emosi pula, berdamailah dengabn rasa risau, bimbang , takut dan sebagainya berkaitan dengan vaksin itu.

Ambil tanggungjawab total terhadap diri dan kehidupan, dan jangan sekali-kali mengizinkan apa yang ada di luar memudaratkan diri sendiri.

Apa yang ada di luar belum tentu ianya satu kebenaran, tetapi jika kita terima dan menganggap ianya benar, ianya menjadi kebenaran kepada diri sendiri.

Ingat! anda adalah raja kepada kehidupan anda, jadilah raja yang sebenar dan bertanggungjawab dan jangan sekali-kali meletakkan diri sebagai mangsa.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.