Sebab dan akibat dalam rawatan


Spread the love

 

Seketika dulu pernah menjadi viral seorang usahawan kosmetik lelaki yang selama ini berpakaian seperti wanita mengambil keputusan untuk menjadi dirinya yang sebenar iaitu kembali menjadi seorang lelaki.

Saya masih teringat perbincangan saya dengan seseorang tentang usahawan ini.

Sahabat itu bertanya, “ apa pendapat k.linn tentang perubahan yang berlaku pada %%%%%”.
Saya masih ingat lagi jawapan yang saya berikan,

“perubahan itu hanya seketika dan sementara dia akan kembali semula menjadi wanita jadian”.

Dan akhirnya dia kembali berubah menjadi wanita sehingga ke hari ini dan khabarnya ketika ini sedang melakukan persiapan untuk perkahwinan.

Pernah dulu viral kisah seorang remaja yang berusia belasan tahun berjaya menurunkan berat badan yang beratnya lebih dari 100 KG berjaya menurunkan berat badannya sehingga 60 KG dalam tempoh masa yang tertentu melalui diet atkins sehingga akhirnya beliau menulis bukunya sendiri tentang diet.

Saya juga pernah membuat kenyataan yang sama tentang individu ini bahawa berat badannya akan kembali naik .

Akhirnya benar berat badannya kembali naik dan ketika ini beliau sedang berusaha untuk menurunkan kembali berat badannya.

Malah saya ada membaca beberapa orang lagi yang penah turun berat badannya dan berat badannya kembali naik dan akhirnya dikecam disebabkan oleh beberapa isu yang tak perlu saya nyatakan di sini.

Mengapa kenyataan yang pernah saya keluarkan itu menjadi kenyataan?

Adakah saya seorang peramal?

Oh tidak.. saya bukan seorang peramal tetapi kenyataan yang saya keluarkan berpandukan ilmu dan pengalaman saya dalam melakukan terapi terhadap clien-clien saya.

Saya percaya pada hukum sebab dan akibat. apa jua yang berlaku (akibat) pasti ada puncanya (sebab). Saya berhenti di sini dulu dan bakal menyusul sambungan seterusnya artikel ini.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.
#linncomel
#healingtherapy
#Terapikekayaan