Terapi- ambil tanggungjawab total


Spread the love

Ini sambungan untuk perkongsian saya tentang healing. Mohon maaf kerana mengambil sedikit masa untuk meneruskan perkongsian.

Dalam perancangan sepatutnya semalam perkongsian ini saya kongsikan semalam, tetapi disebabkan agak keletihan kerana ada beberapa rawatan yang saya lakukan secara offline dan online, Jadi saya tangguhkan perkongsian saya sehingga ke hari ini.

Seperti yang saya nyatakan pada perkongsian sebelum ini, saya percaya hukum sebab dan akibat apa jua yang berlaku  (akibat) pasti ada puncanya (sebab).

Mengapa seseorang itu dilahirkan sebagai lelaki tetapi ingin menjalani kehidupan  dan berpakaian sebagai seorang wanita pasti ada sebab dan puncanya.

Mengapa seseorang itu dilahirkan dengan keadaan fizikal yang sihat dan seimbang tetapi akhirnya mengalami  masalah berat badan dan pelbagai masalah kesihatan  dengan pelbagai penyakit  fizikal yang berbeza seperti diabetes, cancer, dan pelbagai penyakit emosi seperti depresi dan anxiety dan sebagainya, juga ada sebabnya.

Adakah perlu menyalahkan takdir untuk setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita?  jika ditanya kepada saya jawapannya pasti tidak, menyalahkan takdir umpama meletakkan diri sebagai mangsa. Menjadikan diri sebagai mangsa tidak dapat membantu kita meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Saya memegang kepercayaan bahawa saya perlu bertanggungjawab total ke atas kehidupan saya.

saya perlu bertanggungjawab total untuk memastikan saya berada dalam kesihatan yang terbaik tidak kira dari segi spiritual, emosi dan fizikal.

Jadi apa jua masalah (akibat) yang berlaku saya perlu bertanggungjawab untuk mencari punca (sebab) dan memperbaikinya. Kehidupan saya adalah tanggungjawab saya sendiri. Jika ada sesuatu yang tidak kena dalam kehidupan saya perlu mencari punca dan mengubah dan menyelesaikan masalah. Bagaimana? nantikan perkongsian seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

personal FB-Linn comel
FB group- Terapi kekayaan
FB page- linncomel