Terapi-Buah rosak apa yang perlu dilakukan?


Spread the love

 

 

Perkongsian  ini adalah sambungan untuk artikel terapi  yang seterusnya. Jika  anda notis, setiap sambungan perkongsian saya tentang  terapi saya akan menyertakan sekali gambar pokok pada  perkongsian saya.

Mengapa gambar pokok? kenapa tidak diletakkan gambar atau foto yang berbeza? Gambar itu sebagai simbolik untuk memahami tentang sesuatu masalah tidak kira masalah kesihatan, rezeki dan sebagainya. Sudah pasti ianya melibatkan hukum sebab dan akibat.

Akar bagi pokok tersebut adalah SEBAB manakala batang, ranting daun, bunga atau buah adalah AKIBAT. Disebabkan adanya akar tersebut, akhirnya terhasil bunga atau buah.

Tanpa akar tersebut, pokok tidak akan tumbuh dan pasti tidak menghasilkan bunga atau buahnya.

Jadi jika ditakdirkan buah atau bunga yang terhasil tidak seperti apa yang diinginkan. Buah yang sepatutnya manis, tetapi buah yang keluar pun rasanya masam, apakah yang perlu kita lakukan?

adakah kita perlu memetik buah tersebut dan menunggu buah yang seterusnya dengan harapan ianya akan bertukar menjadi manis? atau adakah  cara lain untuk mengubah rasa buah tersebut? nantikan perkongsian saya yang seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

personal FB-Linn comel
FB group- Terapi kekayaan
FB page- linncomel