Terapi -Fokus dan baiki akar


Spread the love

Saya sambung perkongsian saya tentang terapi yang seterusnya. Pertanyaan saya dari perkongsian  yang lepas, jika pokok yang ditanam tidak menghasilkan buah seperti yang dihasilkan apa tindakan yang seterusnya perlu dilakukan?

Kebiasaannya pada sepohon pokok pasti jika sebiji buahnya masam, maka buah-buah yang lain akan turut masam. Malah jika buahnya bermusim, musim yang akan datang pasti masih sama keadaannya.

Seperti yang saya nyatakan pada perkongsian sebelum ini akar  bagi pokok tersebut adalah SEBAB manakala batang, ranting daun, bunga atau buah adalah AKIBAT. Disebabkan adanya akar tersebut, akhirnya terhasil bunga atau buah.

Jadi jika buah yang dihasilkan tidak seperti yang diinginkan, Untuk mengubah buahnya ( akibat) perlu diperbaiki adalah akarnya ( sebab). Malah jika dengan memperbaiki akar masalah masih belum selesai, maka tindakan yang terbaik adalah dengan mencabut akar pokok tersebut dan menggantikan dengan akar yang lain.

Begitu juga dengan diri kita sebagai manusia, tidak pernah lepas dari hukum sebab dan akibat.

Jika seseorang itu mengalami masalah kesihatan fizikal (akibat) jika hanya memfokuskan penyembuhan pada fizikal ianya  sukar untuk sembuh dan jika sembuh sekalipun, ada yang sakitnya pasti berulang. Bersambung pada perkongsian yang seterusnya..

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

personal FB-Linn comel
FB group- Terapi kekayaan
FB page- linncomel