Terapi-spiritual, emosi, mental dan fizikal


Spread the love

Perkongsian ini adalah sambungan saya tentang healing, sebelum itu saya mohon maaf kerana ambil masa untuk meneruskan perkongsian.

Kebelakangan ini agak sibuk dengan beberapa temujanji rawatan secara offline (bertemu muka) yang memerlukan saya lebih banyak berada di luar kediaman dan juga ada beberapa laporan yang perlu saya fokuskan untuk disiapkan.

Saya teruskan perkongsian saya tentang healing mengapa jika seseorang itu mengalami masalah fizikal jika hanya memfokuskan rawatan pada level fizikal, kebiasaan masalah itu hilang hanya untuk seketika dan akhirnya masalah tersebut datang lagi.

Seperti contoh, jika seseorang itu mengalami masalah kanser, selepas melakukan rawatan masalah kanser itu sembuh dan selang beberapa tahun, tiba-tiba penyakit kansernya datang semula. Dan isu ini sebenarnya beberapa kali telah saya temui.

Seperti contoh lagi, kebelakangan ini saya merawat beberapa clien yang mengalami masalah kegatalan kulit, setelah makan ubat gatalnya hilang dan bila tersilap makan masalah gatal itu datang semula.

Sebenarnya banyak lagi isu yang mengalami keadaan yang lebih kurang sama tidak kira pada level emosi dan fizikal,sehingga mengganggu kehidupan.

Jika sebatang pokok strukturnya bermula dari akar ( sebab) ada batang, daun, dan akhirnya bunga ataupun buah. (akibat).

Manakala struktur manusia pula secara umumnya terdiri spiritual , emosi, mental dan fizikal.

Seperti mana pokok, jika akarnya bermasalah ianya akan memberi kesan kepada batang, daun dan akhirnya kepada buah atau bunga.

Begitu juga manusia, jika spiritual ( sebab) terganggu ianya akan memberikan kesan kepada emosi, mental dan seterusnya fizikal.

Jika spiritual kita baik, ianya akan memberikan kesan yang baik kepada emosi, mental dan fizikal begitu juga sebaliknya, jika spiritual kita terganggu emosi, mental dan fizikalnya juga turut terganggu.

Bersambung Pada perkongsian seterusnya nanti saya akan berkongsi beberapa isu fizikal dan emosi yang berpunca dari spiritual yang terganggu.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

personal FB-Linn comel
FB group- Terapi kekayaan
FB page- linncomel