Terapi- Rawat puncanya


Spread the love

saya sambung perkongsian saya tentang healing .

Jika di awal perkongsian dulu, saya berkongsi tentang beberapa kisah dan situasi tentang penampilan tidak mengikut jantina yang sebenar iaitu lelaki yang lebih suka berpenampilan seperti wanita, berusaha untuk kembali menjadi lelaki tetapi akhirnya kembali berpewatakan wanita.

Mengapa situasi seperti itu berlaku? . kita kena rujuk kembali keadaan seawal kita dilahirkan.

Ketika kita semua dilahirkan keadaan situasi kita sama dan tiada bezanya.

Tetapi yang membezakan kita semua adalah selepas kita dilahirkan iaitu ada yang dilahirkan dalam keluarga yang miskin, ada juga yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya, ada yang dilahirkan dalam situasi keluarga yang berpecah belah dan pelbagai situasi yang berbeza.

Disebabkan oleh persekitaran yang dilalui itu berbeza, maka ‘instalasi’ datang yang masuk ke dalam diri kita juga berbeza dan akhirnya membentuk sistem kepercayaan yang berbeza.

Jadi begitu juga dengan situasi dengan individu lelaki yang berpenampilan wanita tersebut, pasti terdapat faktor-faktor yang menyebabkan situasi tersebut berlaku.

Pasti ada trauma atau luka yang pernah dilalui dan seterusnya mengubah sistem kepercayaan sehingga mengubah penampilan beliau daripada seorang lelaki sejati kepada wanita jadian.

Luka atau trauma tersebut tidak perlu saya jelaskan secara terperinci kerana mengikut pengalaman saya membantu beberapa klien tentang isu ini, terdapat beberapa faktor yang berbeza, ada yang berpunca dari ibu bapanya sendiri, ada juga berpunca dari trauma iaitu dicabul sejak kanak-kanak lagi dan ada beberapa faktor lain yang berbeza.

Jika pokok, akar adalah sebab dan manakala buah atau bunga adalah akibatnya.

Dalam situasi ini punca atau akar adalah trauma yang pernah dialami dan akibatnya penampilan diri tidak sesuai dengan jantina yang sebenar.

Jadi mengapa individu tersebut pernah berusaha untuk berubah normal tetapi akhirnya kembali kepada penampilan yang lama?

Jika sebatang pokok mempunyai masalah, apa yang perlu dirawat adalah akarnya. Tetapi dalam situasi individu ini, apa yang perlu dirawat adalah trauma atau luka yang pernah dialami.

Selagi tidak dirawat puncanya, selagi itulah masalah ini pasti berulang.

Bersambung pada perkongsian yang seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

personal FB-Linn comel
FB group- Terapi kekayaan
FB page- linncomel