Terapi-Kurangkan menghukum lebihkan empathy


Spread the love

Sedikit sambungan dari perkongsian sebelum ini. Jika kita melihat seseorang itu berusaha untuk berubah menjadi lebih baik akhirnya kembali semula kepada hal yang lama itu tidak bermakna dirinya tidak serius untuk berubah.

seperti mana seorang wanita jadian berusaha untuk kembali menjadi seorang lelaki akhirnya kembali semula menjadi wanita jadian, tidak bermakna dirinya tidak serius untuk berubah cuma dia tidak tahu bagaimana cara yang sebenarnya untuk berubah.

Usaha yang dilakukan olehnya hanya pada level ranting, tidak pergi jauh ke dalam untuk memperbaiki akarnya.

Sebagai contoh lain, ada yang berusaha untuk berjaya tetapi apa yang sentiasa berlaku adalah kegagalan yang berulang-ulang.

Mengapa situasi tersebut berlaku?

mungkin sebelum ini dia pernah gagal, dan kegagalan tersebut memberikan kesan yang cukup besar pada dirinya dan kehidupan, disebabkan tidak berdamai dengan kegagalan tersebut akhirnya berlaku kegagalan yang berulang.

Malah terdapat pelbagai isu berbeza yang lain jika ianya tidak dirawat pada level akarnya, ianya akan berulang dan tidak mustahil akan memberikan kesan kepada kesihatan fizikal.

Sebagai contoh, jika banyak ketakutan dan kerisauan, akan mengakibatkan sistem pencernaan terganggu.

Jika ada isu cinta iaitu rasa tidak disayangi akan memberikan kesan kepada sistem endokrin, berat badan bertambah dan penyakit diabetes.

Jika hidup tidak gembira, boleh menyebabkan masalah kulit, rambut yang beruban lebih awal dari sepatutnya dan juga masalah gland seperti cyst.

Insya Allah Bersambung pada perkongsian seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

personal FB-Linn comel
FB group- Terapi kekayaan
FB page- linncomel