Terapi-Bila hidup tidak gembira


Spread the love

Sambungan perkongsian saya tentang healing. Kebelakangan ini saya menerima beberapa isu tentang masalah kulit.

Ada yang hanya masalah gatal-gatal dan ada yang mengalami masalah ekzema, dan ada beberapa isu lain yang juga berkaitan dengan kulit. Ada yang memghubungi saya untuk mendapatkan rawatan bagi dirinya sendiri ada juga yang saya rawat atas permintaan

Pada mulanya saya hanya memfokuskan rawatan fizikal dan pembersihan chakra. Ada yang kali pertama rawatan sudah selesai, tetapi ada juga masalah kulitnya mengambil masa untuk sembuh, dan ada juga masalah kulitnya datang semula selepas beberapa minggu disebabkan faktor pemakanan dan sebagainya.

Bagi individu yang mengalami masalah kulit berulang, atau mengambil masa untuk sembuh kebiasaan rawatan seterusnya berdamai dengan masalah kulit tersebut dan step seterusnya berdamai dengan rasa tidak bahagia yang ada pada dirinya.

Mengapa perlu berdamai dengan rasa tidak bahagia?

kerana majoriti mereka yang menemui saya kerana mengalami masalah kulit ‘pattern’ sikap yang dialami adalah sama.

Mereka tidak terbuka, lebih tertutup dan kurang bergaul.

Bagi mereka yang menghubungi saya kerana masalah yang dialaminya sendiri, lebih mudah untuk saya bantu.

Namun ada juga klien yang minta saya bantu mewakili sahabat atau ahli keluarganya yang lain, situasi ini hanya yang saya boleh lalukan minta dipujuk dan ada yang memberi respon yang baik , akhirnya saya bantu dengan cara kebiasaan.

Manakala bagi mereka yang tidak bersedia untuk dirawat saya perlu menggunakan alternatif yang berbeza mengikut kesesuaian.

Majoriti mereka mengalami masalah self-esteem yang rendah sehingga sukar untuk rasa bahagia. Ada yang sentiasa membandingkan dirinya dengan orang lain, disebabkan oleh trauma atau luka yang pernah mereka alami.

Disebabkan trauma (sebab ) yang dialami, akhirnya wujud rasa rendah diri, emosi tidak sentiasa sedih (tidak gembira) dan akhirnya mengalami masalah fizikal (akibat)seperti masalah kulit dan beberapa isu lain . Bersambung pada perkongsian seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

personal FB-Linn comel
FB group- Terapi kekayaan
FB page- linncomel